Mangsa banjir Langkawi naik, paras sungai tahap bahaya

October 19, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Syifa di Padang Matsirat, Langkawi meningkat lagi kepada 61 orang sehingga jam 8 pagi tadi (Rabu, 19 Oktober 2022).

Semalam, jumlah mangsa banjir hanya 43 mangsa banjir dipindahkan pada sebelah pagi sebelum meningkat kepada 49 orang pada petang. Pagi ini 12 lagi mangsa terpaksa dipindahkan setelah banjir melanda penempatan mereka.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi Ahmad Shahfikri Darus berkata ketika ini, semua 61 mangsa daripada 17 keluarga termasuklah 27 lelaki dewasa, 22 wanita, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan berlindung di PPS Dewan Syifa yang dibuka sejak Ahad lalu.

Beberapa kawasan dinaiki air seperti Kampung Atas dan Kampung Limbung Putra di mukim Padang Matsirat, Kampung Bukit Penyumpit di mukim Kuah, Kampung Bukit Kemboja di mukim Bohor dan Kampung Bohor Masjid di mukim Kedawang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah APM Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff memberitahu, Sungai Melaka di Padang Matsirat, Langkawi telah melepasi paras bahaya berdasarkan info Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Rekod laman sesawang JPS menunjukkan sehingga jam 11 pagi ini, bacaan paras air mencecah 3.74 meteri (m) melebihi tahap bahaya. Paras normal ialah 3.4m.

Sungai Pendang di Pekan Pendang, Pendang pula telah melebihi paras amaran, manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melepasi tahap waspada.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
Hujan lebat sejak malam tadi, Lembah Klang banjir
November 17, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
8 minit lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok