Mangsa banjir hingga 12 tengah malam tadi cecah 20,111 orang

March 2, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di enam negeri sehingga jam 12 tengah malam tadi (2 Mac 2023) terus meningkat kepada 20,111 orang, daripada 5,476 keluarga, dengan sebanyak 197 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Data Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan, Johor paling teruk apabila 10 daerah dilanda banjir, dengan sejumlah 18,391 mangsa daripada 5,128 keluarga dipindahkan ke 157 PPS. Trend mangsa dan keadaan banjir turut dilaporkan meningkat.

Berikut adalah keadaan terkini banjir di 10 daerah di Johor:

  • Kluang – 1,080 keluarga; 3,973 mangsa; 26 PPS;
  • Segamat – 1,060 keluarga; 3,641 mangsa; 45 PPS;
  • Kota Tinggi – 729 keluarga; 2,786 mangsa; 18 PPS;
  • Batu Pahat – 698 keluarga; 2,571 mangsa; 19 PPS;
  • Johor Bahru – 674 keluarga; 2,077 mangsa; 12 PPS;
  • Muar – 308 keluarga; 1,234 mangsa; 11 PPS;
  • Kulai – 240 keluarga; 951 mangsa; 6 PPS;
  • Tangkak – 160 keluarga; 590 mangsa; 10 PPS;
  • Mersing – 141 keluarga; 433 mangsa; 5 PPS; dan
  • Pontian – 38 keluarga; 135 mangsa; 5 PPS.

Di Pahang, seramai 934 mangsa daripada 230 keluarga di lima daerah dipindahkan ke 23 PPS. Ia melibatkan:

  • Maran – 102 keluarga; 414 mangsa; 8 PPS;
  • Rompin – 79 keluarga; 277 mangsa; 7 PPS.
  • Raub – 18 keluarga; 67 mangsa; 5 PPS;
  • Jerantut – 17 keluarga; 88 mangsa; 1 PPS; dan
  • Pekan – 14 keluarga; 88 mangsa; 2 PPS.

Di Negeri Sembilan, 479 mangsa banjir daripada 134 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS yang dibuka. Ia melibatkan:

  • Tampin – 87 keluarga; 326 mangsa; 4 PPS;
  • Jempol – 25 keluarga; 95 mangsa; 3 PPS; dan
  • Kuala Pilah – 22 keluarga; 58 mangsa; 2 PPS.

Di Sarawak pula, seramai 148 mangsa daripada 44 keluarga di tiga daerah dipindahkan di empat PPS iaitu:

  • Kuching – 27 keluarga; 100 mangsal 2 PPS;
  • Serian – 7 keluarga; 27 mangsa; 1 PPS; dan
  • Sri Aman – 10 keluarga; 21 mangsa; 1 PPS.

Di Sabah, 108 mangsa daripada 24 keluarga di daerah Tongod dipindahkan ke sebuah PPS.

Manakala, di Melaka pula 51 mangsa daripada 16 keluarga dari dua daerah dipindahkan ke tiga PPS dengan trend meningkat. Ia melibatkan:

  • Jasin – 14 keluarga; 47 mangsa; 2 PPS; dan
  • Alor Gajah – dua keluarga; empat mangsa; 1 PPS.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor, hari ini (2 Mac 2023).

Di Pahang, ia melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor ((Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
22 jam lalu· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok