Mangsa banjir enam negeri meningkat, 30,720 berlindung di PPS

March 2, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus meningkat petang ini, dengan seramai 30,720 individu daripada 8,489 keluarga ditempatkan di 237 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sehingga jam 4 petang tadi (2 Mac 2023), Johor mencatat jumlah paling ramai mangsa dipindahkan iaitu melibatkan 28,099 individu daripada 7,789 keluarga dari 10 daerah.

Berikut adalah keadaan banjir di 10 daerah di Johor sehingga jam 4 petang tadi berdasarkan data dikeluarkan Agensi Pengurusan bencana Negara (NADMA):

  • Segamat – 2,758 keluarga; 9,818 mangsa; 64 PPS;
  • Kluang – 1,576 keluarga; 5,547 mangsa; 38 PPS;
  • Batu Pahat – 1,021 keluarga; 3,761 mangsa; 23 PPS;
  • Kota Tinggi – 757 keluarga; 2,868 mangsa; 18 PPS;
  • Muar – 621 keluarga; 2,259 mangsa; 12 PPS;
  • Johor Bahru – 386 keluarga; 1,319 mangsa; 8 PPS;
  • Tangkak – 271 keluarga; 1,013 mangsa; 15 PPS;
  • Kulai – 179 keluarga; 719 mangsa; 4 PPS;
  • Mersing – 160 keluarga; 538 mangsa; 6 PPS; dan
  • Pontian – 60 keluarga; 257 mangsa; 4 PPS.

Di Pahang, seramai 1,582 mangsa daripada 421 keluarga di enam daerah dipindahkan ke 27 PPS. Ia melibatkan:

  • Rompin – 257 keluarga; 842 mangsa; 11 PPS.
  • Maran – 103 keluarga; 441 mangsa; 7 PPS;
  • Jerantut – 21 keluarga; 96 mangsa; 1 PPS;
  • Pekan – 17 keluarga; 106 mangsa; 2 PPS; dan
  • Raub – 16 keluarga; 68 mangsa; 5 PPS.

Di Negeri Sembilan, 869 mangsa banjir daripada 234 keluarga dipindahkan ke 12 PPS yang dibuka. Ia melibatkan:

  • Tampin – 193 keluarga; 706 mangsa; 6 PPS;
  • Jempol – 41 keluarga; 163 mangsa; 4 PPS; dan
  • Kuala Pilah – 24 keluarga; 62 mangsa; 2 PPS.

Di Sarawak pula, seramai 262 mangsa daripada 70 keluarga di tiga daerah dipindahkan di tiga PPS iaitu:

  • Betong – 51 keluarga; 213 mangsa; 1 PPS;
  • Sri Aman – 12 keluarga; 22 mangsa; 1 PPS; dan
  • Serian – 7 keluarga; 27 mangsa; 1 PPS; dan

Di Sabah, 108 mangsa daripada 24 keluarga di daerah Tongod dipindahkan ke sebuah PPS.

Manakala, di Melaka pula 40 mangsa daripada sembilan keluarga dari dua daerah dipindahkan ke dua PPS. Ia melibatkan:

  • Jasin – lima keluarga; 30 mangsa; 1 PPS; dan
  • Alor Gajah – empat keluarga; 10 mangsa; 1 PPS.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
23 jam lalu· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok