Mangsa banjir enam negeri kini cecah 40,000 lebih di PPS

March 4, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus mencatatkan peningkatan membabitkan 40,922 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Selangor menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.

Johor menjadi negeri tertinggi merekodkan mangsa banjir dipindahkan ke PPS dan jumlah keseluruhan mangsa meningkat berbanding semalam hanya 30,000 lebih.

Di JOHOR, keadaan banjir dilihat semakin memburuk dengan jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat kepada 37,322 orang setakat 8 pagi ini berbanding 34,849 mangsa pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan ia susulan pertambahan 13 PPS menjadikan 238 PPS beroperasi di sembilan daerah setakat ini.

Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 13,358 orang daripada 3,921 keluarga ditempatkan di PPS, diikuti Batu Pahat 7,368 orang daripada 2,136 keluarga; Kluang melibatkan 5,288 mangsa (1,534 keluarga) dan Kota Tinggi 3,292 orang (882 keluarga).

Turut terjejas, Muar dengan 3,330 orang (969 keluarga); Tangkak 2,661 orang (754 keluarga); Johor Bahru dengan 699 orang (226 keluarga); Mersing 964 orang (280 keluarga) dan Pontian 362 orang (91 keluarga).

Sebanyak 15 sungai di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi turut melepasi paras bahaya, termasuk Sungai Muar di Lubuk Kepong (Segamat) yang merekodkan bacaan 20.50 meter (m); Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) 20.18m dan Sungai Endau di Kampung Contoh (Kluang) 15.63m.

Di PAHANG jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat dengan 2,317 orang yang ditempatkan di 22 PPS pagi ini berbanding 2,186 orang di 21 PPS pada malam tadi.

Daerah Rompin kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,905 orang diikuti Temerloh (254 orang), Pekan (106 orang), Bera (29 orang) dan Maran (13 orang).

Sementara itu, 10 orang ditempatkan di sebuah PPS di Jerantut yang dibuka malam semalam atas faktor keselamatan ekoran kenaikan air Sungai Tekam dan Sungai Siam.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir juga meningkat daripada 204 orang (50 keluarga) pada 8 malam tadi, kepada 379 mangsa daripada 97 keluarga pagi ini.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan satu lagi PPS dibuka di Jasin sekitar 11.30 malam semalam berikutan berlakunya peningkatan mangsa banjir menjadikan keseluruhan sebanyak enam PPS yang beroperasi di dua daerah tersebut.

SELANGOR yang menjadi negeri terbaharu terjejas bencana itu, menyaksikan 107 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, PPS tersebut SK Merbau Sempak, Sungai Buloh dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Desa Coufield, Kuala Selangor.

Sementara itu, di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 783 individu daripada 214 keluarga berbanding 867 individu daripada 235 keluarga di enam PPS setakat pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di SARAWAK, juga kekal 14 orang daripada lima keluarga setakat pagi ini dan ditempatkan di PPS Komplek Sukan Julau.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
21 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok