Mangsa banjir dua daerah di Kedah meningkat, 73 dipindahkan ke PPS

October 18, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Kedah – Langkawi dan Kubang Pasu – dilaporkan meningkat kepada 73 orang sehingga jam 5 petang ini (Selasa, 18 Oktober 2022), lapor Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Di Langkawi, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 49 orang,erbanding 43 ditempatkan yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam kelmarin.

Pertambahan itu membabitkan enam sekeluarga dari Kampung Bukit Kemboja, Mukim Bohor, yang dipindahkan ke PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus memaklumkan setakat ini, empat kampung terjejas akibat banjir di daerah ini.

“Mangsa banjir dari Kampung Atas dan Limbung Putra dalam Mukim Padang Matsirat, serta Kampung Buluh Penyumpit, Mukim Kuah, ditempatkan di PPS sejak malam kelmarin.

“Terbaharu, kita memindahkan enam sekeluarga dari Kampung Bukit Kemboja ke PPS sama,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Shahfikri berkata, seramai 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Langkawi melakukan kerja pembersihan pascabanjir di Pasar Awam Padang Matsirat, pagi tadi.

“APM Langkawi sentiasa prihatin terhadap nasib penduduk yang terkesan akibat bencana ini, malah sedaya upaya berusaha membantu mereka.

“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di talian 04-9611474 sentiasa beroperasi untuk menerima panggilan kecemasan berkaitan rumah dinaiki air, pokok tumbang dan tanah runtuh,” katanya.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir bagi daerah Kubang Pasu masih kekal dengan 24 orang yang kini ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun.

Semua mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Paya Lantau, Kampung Nangmi dan Kampung Nangmah di Changlun.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bekas MP BN Langkawi meninggal dunia di Jerman
November 28, 2022· Isu semasa
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok