Mangsa banjir di PPS turun sedikit setakat pagi ini

March 6, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri sedikit berkurangan dengan 53,040 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding hampir 55,000 orang malam tadi.

Bencana banjir melanda beberapa buah negeri dengan Johor mencatat jumlah mangsa tertinggi ditempatkan di PPS.

Di JOHOR, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 49,410 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 50,596 orang pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor menerusi kenyataan memaklumkan seramai 14,125 keluarga ditempatkan di 269 PPS di kesemua 10 daerah di negeri itu.

Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 20,767 mangsa daripada 5,809 keluarga; diikuti Segamat dengan 11,023 orang (3,253 keluarga); Kluang 4,770 mangsa (1,376 keluarga); Muar 4,625 mangsa (1,358 keluarga); dan Kota Tinggi dengan 3,160 orang (837 keluarga).

”Turut terjejas bencana itu ialah Tangkak dengan 3,229 mangsa melibatkan 949 keluarga; Mersing 1,167 orang (346 keluarga); Johor Bahru dengan 327 mangsa (114 keluarga); Pontian seramai 278 mangsa (68 keluarga); serta Kulai dengan 64 orang mangsa (15 keluarga),” menurut kenyataan itu.

Cuaca di sembilan daerah di negeri itu diramalkan cerah pagi ini, kecuali Mersing yang dijangka hujan.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan seramai 3,029 mangsa masih berada di 21 PPS pagi ini, berbanding 3,014 orang malam tadi.

Rompin kekal mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,774 orang diikuti Temerloh dengan 226 orang di sebuah PPS manakala 29 orang lagi di sebuah PPS di Maran.

Bacaan paras Sungai Pahang di dua lokasi iaitu Lubuk Paku, Maran dan Paloh Hinai, Pekan serta Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya dan hujan sepanjang hari dijangka melanda Rompin dan Maran, manakala hujan dijangka di Temerloh pada sebelah malam.

Di MELAKA, jumlah mangsa sedikit meningkat kepada 601 orang daripada 148 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 595 orang daripada 147 keluarga, 8 malam tadi.

JPBN Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 591 orang daripada 145 keluarga merupakan penduduk di daerah Jasin yang ditempatkan di lima PPS di daerah itu dan 10 mangsa dari tiga keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Alor Gajah.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
March 20, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
29 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
41 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok