Mangsa banjir di PPS Bandar Baharu meningkat

June 21, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Bandar Baharu dekat Kulim meningkat kepada 26 orang daripada enam keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 18 orang daripada empat keluarga malam tadi.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu Left (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata kesemua mangsa banjir dari Mukim Selama itu berada di Dewan Keda Sungai Tengas yang mula dibuka pada pukul 8 malam tadi, lapor Bernama.

“Bagi Mukim Selama ini, sebanyak 17 rumah dimasuki air, dan hanya enam keluarga terdiri daripada seramai 26 orang dipindahkan ke PPS Dewan Keda Sungai Tengas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahim yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu berkata hujan lebat sejak pukul 2 petang semalam itu turut menyebabkan rumah penduduk di kawasan Mukim Relau dan Mukim Sungai Batu dinaiki air.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada PPS dibuka berikutan hujan sudah sudah berhenti dan air banjir telah pun surut di kedua-dua kawasan itu.

“Hujan lebat mulai pukul 2 petang itu melebihi tempoh dua jam, menyebabkan air melimpahi sungai secara mendadak dan menyebabkan limpahan air…limpahan berlaku akibat aliran air yang turun dari bukit agak laju dari bukit,” katanya.

Berita berkaitan
Bimbang diambil tindakan, KBS cadang FAM guna beberapa stadium semasa hujan
June 13, 2022· Isu semasa
Penduduk di Kulai sambut hari raya kedua dalam banjir
May 3, 2022· Isu semasa
PATI cuba masuk sempadan semasa perayaan, kata polis
April 29, 2022· Isu semasa
Tahanan Rohingya lolos tahu selok-belok dalam negara: Polis Kedah
April 28, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
2 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok