Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi

November 18, 2022 · Isu semasa

Tujuh daerah di Perak dilanda banjir setakat tengah malam tadi, ia melibatkan Larut, Matang dan Selama (LMS), Kerian, Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah dan Hulu Perak.

Pihak berkuasa melaporkan jumlah mangsa banjir di negeri tersebut meningkat apabila sudah seramai 740 mangsa daripada 208 keluarga terjejas akibat banjir malam tadi.

Bilangan itu bertambah 642 mangsa daripada 188 yang dicatatkan setakat jam 8 malam tadi, meliputi enam daerah.

Berdasarkan kemaskini laporan harian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri Perak, daerah Manjung mencatatkan angka paling ramai iaitu 249 mangsa daripada 77 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Manjung, 175 mangsa daripada 56 keluarga ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, manakala baki 74 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman, Beruas.

Di daerah Hilir Perak dua PPS dibuka iaitu Dewan SMK Abdul Rahman Talib yang menempatkan 129 mangsa daripada 28 keluarga dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak yang menempatkan 57 mangsa daripada 17 keluarga.

Daerah Perak Tengah pula membabitkan dua PPS iaitu SMK Layang-Layang Kiri menempatkan 47 mangsa daripada 13 keluarga, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Layang-Layang Kiri menempatkan 50 mangsa daripada 14 keluarga.

Di daerah Hulu Perak, 81 daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Dewan Orang Ramai Kuak Luar.

Sementara itu, di daerah Kerian, PPS dibuka di SK Changkat Lobak menempatkan 52 mangsa daripada 16 keluarga. Sebuah lagi PPS dibuka di SK Alor Pongsu menempatkan 20 mangsa daripada lapan 8 keluarga.

Di LMS, dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Agama Rakyat Syafie, Batu Hampar yang menempatkan 25 mangsa daripada lapan keluarga, manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Trong menempatkan 18 mangsa daripada 5 keluarga.

Dalam pada itu, satu PPS juga kembali dibuka di daerah Kinta iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang yang menempatkan seramai 12 mangsa daripada 2 keluarga terjejas banjir.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok