Mangsa banjir di Melaka turun, air enam sungai lebihi tahap waspada

October 29, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Melaka turun lagi kepada 146 orang daripada 41 keluarga pagi ini (29 Oktober 2022), berbanding 170 orang membabitkan 50 keluarga setakat jam 4 petang semalam.

Semalam, seramai 250 orang daripada 66 keluarga terpaksa dipindahkan pada jam 8 pagi setelah banjir memasuki kediaman mereka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan berkata pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar di Alor Gajah juga turut ditutup pada jam 10 malam tadi.

“Sebanyak 46 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di dua PPS di Alor Gajah di Balai Raya Kampung Gadek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan manakala 100 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di Melaka Tengah setakat 8 pagi ini,” menurut kenyataan itu.

Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di enam sungai utama di Melaka mencatat bacaan melebihi tahap waspada, amaran dan bahaya, sehingga jam 9 pagi ini.

Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah berada pada paras melebihi bahaya apabila mencatat bacaan 11.99 meter (m), berbanding 10.00m paras normal.

Tiga sungai pula mencatat tahap amaran iaitu Sungai Kesang di Telok Timba, Jasin, yang merekodkan 9.00m berbanding 3.30m paras normal, dan Sungai Duyong di Melaka Tengah (1.54m/0.25m), sementara Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (2.00m/1.30m).

Dua lagi sungai mencatat tahap waspada iaitu Sungai Malim di Lencongan Sungai Malim, Klebang Besar U/S, Melaka Tengah (1.46m/0.50m), dan Sungai Kesang di Barrage Sungai Melaka D/S, Melaka Tengah (1.58m/-2.00m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok