Mangsa banjir di Kedah turun, paras sungai juga normal

October 31, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 95 orang, membabitkan 32 keluarga, setakat jam 8 pagi tadi (Isnin, 31 Oktober 2022), tatkala semua sungai utama di negeri itu berada pada paras normal.

Sebelum ini, seramai 141 mangsa banjir terpaksa dipindahkan di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Baling.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (B) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, baki mangsa yang dipindahkan berada di dua pusat pemindahan (PPS) di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Di daerah Kubang Pasu, PPS berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai yang dibuka sejak 26 Oktober lalu, kini menempatkan 20 orang daripada tujuh keluarga.

“Selain itu PPS ialah di SK Suka Menanti dalam daerah Kota Setar yang dibuka sejak 28 Okt lepas dan kini menempatkan 75 orang daripada 25 keluarga,” katanya hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, mangsa di dua PPS itu masih belum pulang ke rumah masing-masing kerana air banjir di kampung mereka masih belum surut.

Sementara itu, dua sungai utama di Kedah yang semalam mencatat bacaan melebihi paras bahaya kini berada pada paras normal.

Dua sungai berkenaan ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di Kota Setar yang kini mencatat bacaan 1.67 meter (m), berbanding paras normal 1.30m, dan Sungai Chepir di Kampung Ulu Jerai Namek, Sik (42.28m/41.00m).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Doakan PM dari Perikatan Nasional angkat sumpah hari ini: Sanusi
November 21, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
11 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
17 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok