Mangsa banjir di Kedah meningkat

October 17, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Kedah – Kubang Pasu dan Langkawi – bertambah petang ini dengan keseluruhan seramai 62 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu meningkat daripada 43 orang iaitu 38 mangsa di Langkawi dan 19 di Kubang Pasu, yang direkodkan pada jam 8 pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata sehingga jam 5 petang, PPS Dewan Syifa, Langkawi, masih menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga.

Katanya, bilangan mangsa bertambah di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu, dengan seramai 24 mangsa daripada lima keluarga.

Katanya, PPS Dewan Syifa diaktifkan bermula jam 8 malam tadi sementara PPS SMK Changlun dibuka 3 pagi tadi.

“Setakat ini, mangsa di Langkawi masih 38 orang daripada 10 keluarga dan kesemua mangsa dari Kampung Limbung Putra, Kampung Buluh Penyumpit dan Kampung Atas.

“Mangsa di Changlun dari tiga kampung iaitu Kampung Nangmah, Kampung Paya Lantau dan Kampung Paya Nongmi,” katanya dalam kenyataan hari ini menurut Awani.

Muhammad Suhaimi berkata, pemantauan terus dilakukan pihaknya berikutan trend air di beberapa sungai kini semakin meningkat.

Mengulas lanjut, katanya 18 kawasan di Langkawi dan tiga di Kubang Pasu terjejas dalam kejadian banjir kilat yang melanda Kedah bermula semalam sehingga hari ini.

Beliau berkata, antara lokasi terjejas di Langkawi adalah Kampung Teluk Yu, Kampung Sungai Itau, Kampung Kilim, Kampung Tua, Tanjung Rhu, Kampung Pasir Hitam, Kampung Telaga Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah.

Banjir di Kubang Pasu membabitkan Kampung Nangmah, Kampung Paya Lantau dan Kampung Nangmi.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok