Mangsa banjir di Johor turun

January 15, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa yang terjejas banjir sejak 1 Januari lalu di Johor terus menurun kepada 95 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 271 individu, petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata hanya tinggal dua daerah masih terjejas banjir, melibatkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Segamat kekal dengan mangsa tertinggi iaitu 83 orang diikuti Tangkak 12 orang, lapor Bernama.

“Muar telah pulih daripada banjir sepenuhnya semalam apabila PPS terakhir di daerah itu Balai Raya Kampung Jawa telah ditutup petang semalam, selain Sekolah Agama Buloh Kasap dan Balai Raya Kampung Sanglang di Segamat berikutan semua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat yang merekodkan tahap waspada dengan trend menaik, diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan baik termasuk daerah terjejas banjir.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok