Mangsa banjir di Johor menurun, kes kematian bertambah

March 7, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan setakat jam 8 pagi ini kepada 39,620 orang daripada 10,862 keluarga berbanding 40,129 orang daripada 11,210 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa terlibat daripada sembilan buah daerah yang terjejas banjir.

“Mersing, Johor Bahru dan Pontian kekal dengan jumlah mangsa banjir sama pada jam 8 malam tadi.  Empat daerah lain menunjukkan penurunan iaitu di Tangkak, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa banjir mengikut pecahan daerah, di Tangkak 2,584 orang (796 keluarga di 22 PPS), di Segamat 4,036 orang (991 keluargadi 45 PPS), di Kluang 2,591 orang (707 keluarga di 20 PPS), di Kota Tinggi 1,754 orang (502 keluarga di 13 PPS), di Mersing 1,164 orang (348 keluarga di enam PPS), di Pontian 150 orang (39 keluarga di empat PPS) dan Johor Bahru 38 orang (38 keluarga di sebuah PPS).

Setakat ini sebanyak 210 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif seluruh Johor.

Dalam kenyataan sama Azmi memberitahu terdapat tambahan satu kes kematian membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang dilaporkan mati lemas di Mersing malam tadi menjadikan korban banjir di Johor mencecah lima orang.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
21 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
9 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok