Mangsa banjir di Johor, Melaka naik

January 4, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di dua negeri – Johor dan Melaka – setakat pagi tadi mencatat peningkatan, manakala di lima negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Sabah, tidak banyak berubah berbanding semalam.

Bernama melaporkan di JOHOR, jumlah mangsa banjir bertambah kepada 5,479 orang pagi ini berbanding 4,737 orang semalam di tujuh daerah yang terjejas banjir, dengan Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,016 orang diikuti Mersing (548 orang), Tangkak (434), Kota Tinggi (210), Batu Pahat (107), Kluang (106) dan Muar (58).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka pada lewat malam tadi dan awal pagi ini di Mersing, Batu Pahat, Muar dan Tangkak menjadikan jumlah keseluruhan 78 PPS yang menempatkan 1,486 keluarga telah dibuka di seluruh negeri.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,674 orang setakat 8 pagi berbanding 2,591 mangsa semalam dengan 994 mangsa ditempatkan di sembilan PPS di Alor Gajah manakala 1,425 orang di sembilan PPS di Melaka Tengah dan 255 orang di empat PPS di Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 11 kawasan di Jasin.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan terdapat sedikit penambahan jumlah mangsa iaitu kepada 19 orang berbanding 10 mangsa malam tadi dengan pembukaan satu lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Kemaman, susulan kediaman dinaiki air.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan seramai 2,564 mangsa banjir masih berada di 46 PPS pagi ini yang dibuka di Kuantan, Rompin, Raub, Jerantut, Lipis, Bera, Maran, Temerloh dan Pekan.

Selain itu, sebanyak 17 jalan ditutup melibatkan tujuh daerah antaranya Jalan Bohor Baru dan Jalan Kemayan-Tembangau di Bera, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam (Maran); Jalan Kampung Aur, Jalan Kampung Lubuk Batu (Rompin); Jalan Mentiga Terapai, Jalan Pelak-Belimbing (Pekan); Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau, Jalan Batu Embun-Tebing Tinggi (Jerantut) dan Jalan Air Hitam (Kuantan).

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa menurun kepada 1,795 individu membabitkan 498 keluarga dengan 21 PPS dibuka berbanding 1,967 individu daripada 540 keluarga, malam tadi.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di daerah Kuala Langat tidak berubah iaitu seramai 40 orang dengan 25 daripadanya ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang manakala 15 mangsa di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir pula tidak banyak berubah dengan 3,310 mangsa direkodkan pagi ini yang ditempatkan di 30 PPS, berbanding 3,329 orang malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan daerah Kota Marudu kekal dengan mangsa banjir paling ramai iaitu 2,653 individu, diikuti Pitas 296 mangsa, Telupid (172), daerah kecil Paitan (102), Sandakan (46) dan Beluran (41).

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok