Mangsa banjir di enam negeri terus meningkat

November 12, 2022 · Isu semasa

Mangsa banjir sehingga jam 4 petang tadi, 12 November 2022, meningkat lagi kepada 1,817 orang daripada 488 keluarga, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),

Dalam satu kenyataan petang ini, NADMA berkata tiga lagi pusat penempatan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhannya 22 PPS.

Sembilan daerah di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka, terjejas dengan banjir, kata kenyataan itu.

Selain itu, NADMA juga berkata pada jam 3 petang tadi Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Kemungkinan Banjir Kilat dalam tempoh 12 jam akan datang bagi Johor, Terengganu, Kedah, Sabah, dan Selangor.

Di Johor ia melibatkan daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi, manakala di Terengganu (Dungun). Di Kedah ianya melibatkan daerah Kota Setar, Kuala Muda dan Yan.

Di Sabah amaran banjir kilat dikeluarkan bagi daerah Papar dan Tuaran, manakala Selangor (Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang).

NADMA juga memaklumkan banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa jangkaan dan amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk, terutama kawasan yang dijangka banjir, berwaspada dan bersiap sedia.

Sehubungan itu, NADMA meminta penduduk di kawasan yang dijangka banjir supaya berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022· Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Esok PRU-15, 8 negeri banjir mangsa cecah 4,410 orang
November 18, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
2 jam lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
4 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
17 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
19 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok