Mangsa banjir bersyukur layanan baik di PPS Rumah Prihatin

Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang mahasiswa apabila melihat nenek tersayang mempunyai tempat berteduh yang selesa meskipun kediaman mereka ditenggelami banjir.

G.Muguthen, 24, yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah [email protected] Seasons di sini berkata beliau bersyukur kerana diberi layanan yang baik oleh petugas.

“Saya sudah dua hari tinggal di Rumah [email protected] Seasons. Saya gembira dapat berlindung di sini walaupun hati berasa agak sedih mengenangkan semua harta benda rosak akibat banjir,” kata pelajar Management and Science University itu kepada Bernama di sini hari ini.

Bagi chef sebuah hotel di Putrajaya, Norahafizzah Anowar, 32, biarpun kediamannya tidak terjejas teruk akibat banjir, namun keadaan semasa bencana menyebabkan beliau dan keluarga memilih untuk berlindung di Rumah [email protected] Seasons bagi mengelakkan terperangkap.

“Saya tinggal di flat di Cheras Jaya, Balakong dan sudah sehari berada di sini bersama suami dan dua anak.

“Untuk keselesaan dan keselamatan anak saya yang masih kecil, saya ambil keputusan untuk tinggal dan berlindung di sini (Rumah [email protected] Seasons) buat sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Rumah [email protected] Seasons Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata pihaknya menyediakan beberapa jenis bantuan seperti pek makanan, bank makanan, tempat perlindungan sementara selain kaunselor untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dari segi emosi.

Beliau berkata Rumah [email protected] Seasons terus memainkan peranan proaktif dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terkesan dengan menggerakkan lebih 100 orang sukarelawan.

“Bagi penginapan sementara di sini pula, mangsa banjir boleh menetap sehingga rumah mereka telah pulih dan dibersihkan, mengikut keperluan dan situasi mereka. Kita sentiasa terbuka untuk mana-mana sukarelawan atau badan bukan kerajaan (NGO) datang menyalurkan bantuan atau sumbangan.

“Mana-mana mangsa banjir yang memerlukan bantuan, boleh menghubungi hotline Rumah [email protected] Seasons di talian 1 800 88 7997,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR