Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS

March 20, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 13,872 orang setakat 8 malam ini berbanding 15,907 yang direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) selepas air banjir surut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga, menurut laporan Bernama.

Menurut JPBN, tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pt Yaani, Parit Raja (678 orang) diikuti Dewan Parit Senah, Sri Medan (671) dan Sekolah Kebangsaan Seri Aman (552).

Tiga kawasan masih berada di tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.08 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.23 meter) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.32 meter).

Keadaan cuaca diramalkan cerah di enam daerah malam ini kecuali Johor Bahru, Muar dan Segamat yang dijangka mendung manakala Batu Pahat diramalkan hujan.

Berita berkaitan
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Banjir Batu Pahat: Seramai 6,740 orang masih ditempatkan di PPS
March 21, 2023· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
8 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok