‘Manakah hilangnya sanubari mereka’: Netizen rujuk Parlimen bubar

October 10, 2022 · Isu semasa

Status ringkas ‘manakah hilangnya sanubari mereka’ oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam Facebook miliknya hari ini menarik perhatian ramai.

Kapsyen tersebut seolah menggambarkan kekecewaan beliau dengan pembubaran Parlimen seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.

Status tersebut dikongsikan di Facebook rasmi berserta pautan berita ‘Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya’.

Walaupun hanya menulis status ringkas, namun rata-rata pengikut Facebook beliau dapat meneka isi tersirat di sebalik perkongsian tersebut, lapor Sinar.

Beberapa pengguna media sosial telah meninggalkan komen pada hantaran tersebut antaranya Derm Mi Rakyats yang kurang senang apabila kerajaan kekal dengan pendirian mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada tahun ini.

“Tapi dalam keadaan macam ini pun masih ada yang sibuk dengan kuasa. Pembubaran Parlimen tetap berlaku walaupun rakyat berdepan dengan situasi banjir yang boleh berlaku di mana-mana.

“Diharap penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir lebih peka dan cakna akan situasi ini dan ambil langkah berjaga-jaga,” tulisnya di ruangan komen.

Seorang lagi pengguna Facebook, Kanda Samy turut berharap semua pihak bersiap sedia dengan kemungkinan banjir dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

“Semua pihak perlu memberikan kerjasama dan bersedia supaya tidak ada apa-apa yang buruk berlaku.

“Segala fakta dan data yang ada telah membawa kepada pemahaman bentuk fenomena walaupun tidak seratus peratus tepat tetapi kebarangkalian ketepatannya adalah sangat tinggi,” tulisnya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok