Mana mau lari penyamun?

August 16, 2022 · Isu semasa

Kurang sejam setelah melakukan rompakan di sebuah stesen minyak di Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan, seorang penyamun akhirnya berjaya diberkas.

Dalam kejadian jam 4.50 petang semalam, suspek berusia 39 tahun bertindak merompak pekerja stesen minyak berkenaan sebelum melarikan wang berjumlah RM200.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, berdasarkan laporan, suspek mengacukan parang kepada mangsa yang bertugas sebagai juruwang di kaunter stesen minyak berkenaan.

Katanya, mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai hasil jualan berjumlah lebih kurang RM200 sebelum suspek melarikan diri dengan memandu kereta.

“Mangsa kemudian menghubungi polis sebelum gerakan memburu suspek segera dilakukan.

“Suspek kemudian berjaya ditangkap di persimpangan Air Baning di sini, pada jam 5.50 petang semalam,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Maslan berkata semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Katanya polis merampas sebilah parang dan sabit yang disyaki digunakan penjenayah selain turut menemukan semula wang yang dilarikan.

“Suspek kini direman sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan perhimpunan depan pusat beli belah dibuka polis
September 24, 2022· Isu semasa
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022· Isu semasa
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok