Mampukah pengangkutan awam negara bertambah baik?

February 9, 2023 · Isu semasa

Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan bahawa projek pengangkutan rel seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) dan Transit Aliran Massa Laluan Lingkaran (MRT3) akan diteruskan oleh kerajaan.

Adakah penerusan projek ini mampu   meningkatkan tahap penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat kepada 40 peratus menjelang 2030 seperti yang ditetapkan dalam Dasar Pengangkutan Negara?

Kita boleh melihat sendiri keadaan trafik jalan raya di ibu negara semakin sesak akibat peningkatan jumlah kenderaan peribadi. Begitu juga keadaannya dengan lebuh raya utama negara ketika hujung minggu, cuti persekolahan dan perayaan.

Justeru dengan adanya sistem pengangkutan yang baik, kesesakan jalan raya mampu diatasi selain kadar kemalangan turut dijangka menurun.

Dari sisi lain pembaziran subsidi bahan api dapat diminimumkan jika pengangkutan awam menjadi pilihan utama rakyat untuk bergerak ke mana-mana destinasi.

Sudah tentu rakyat  berharap supaya rangkaian rel menghubungkan bandar utama di Semenanjung dan Sabah dapat ditambah baik lagi. Selain itu Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura perlu dihidupkan semula.

Projek ini membolehkan negeri koridor selatan Semenanjung terutama sekali Melaka yang menjadi tumpuan pelancong dapat dihubungkan menerusi sistem rel yang pantas dan cekap dengan ibu negara.

Projek HSR juga dapat merealisasikan jalur kereta api Pan Asia menghubungkan Singapura dan Kunming, China. Negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand sudah lama memulakan projek HSR masing-masing.

Di Indonesia misalnya, Projek Kereta Cepat Jakarta – Bandung kini sedang menjalani fasa ujian dan sudah ada rancangan oleh Presiden Joko Widodo untuk menyambung jajaran ini sehingga ke Surabaya.

Di Thailand pula, projek HSR Bangkok – Nakhon Ratchasima sejauh 250 kilometer sedang giat dibangunkan dan ada perancangan untuk disambungkan dengan rangkaian kereta api negara China menerusi Laos dalam fasa kedua projek berkenaan.

Bagi Malaysia pula perancangan membina sistem HSR sejak tahun 2010 sudah dibuat justeru sepatutnya kita tidak ketinggalan dalam menerima manfaat sistem kereta api termaju ini.

Rangkaian rel yang meluas dalam negara juga dapat menggalakkan aktiviti pelancongan domestik menaiki kereta api. Contohnya aktiviti pelancongan menaiki kereta api ‘Train to Dabong’ mendapat sambutan luar biasa orang ramai termasuk pelancong dari luar negeri Kelantan.

Berita berkaitan
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
Zahid persoal kenapa PN mahu saman dirinya dalam isu dana judi
May 27, 2023· Politik
SPRM siasat anak bekas PM
May 23, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok