Malu Apa Bossku: Penjawat awam minta Najib ‘sign’ helmet, motosikal

January 22, 2022 · Isu semasa

Jarang sekali dapat dilihat seseorang yang telah dijatuhi hukuman penjara, masih mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan rakyat, tetapi juga penjawat awam. Semuanya gaga-gara jenama ‘Malu Apa Bossku’.

Namun, itulah hakikatnya yang berlaku di Malaysia, sehingga kadang-kadang menimbulkan kelucuan dan menghilangkan sakit kepala pemimpin negara lain yang menguruskan jutaan rakyat mereka, khususnya tatkala berdepan pandemik Covid-19.

Ke mana sahaja Datuk Seri Najib Razak pergi pasti ramai yang menunggunya untuk meminta autograf, atau sekurang-kurangnya melambai dari jauh, biarpun mereka mengetahui kes mahkamah melibatkan beliau.

Demikian juga penjawat awam. Terbaharu, melalui perkongsian di Facebook beliau, Najib menerima sambutan hebat daripada penjawat awam, tetapi tidak dinyatakan bila dan di mana gambar-gambar itu dirakamkan.

“Amat gembira dapat berjumpa saudara-saudari semua dan menyampaikan penghargaan saya. Ada juga yang minta saya sign helmet dan motosikal tadi. Boleh! No problem!,” tulis Najib yang sinonim dengan ‘Malu Apa Bossku’ sambil duduk di atas motosikal dan menoleh ke belakang.

Menurut Najib, beliau kecewa apabila ada pihak yang tidak menghargai jasa dan tugas penjawat awam selain menyalahkan mereka jika ada isu yang timbul.

“Mungkin ada yang ambil jalan mudah mengkritik dan kecam gerak kerja agensi kerajaan kita bila ada isu. Ada yang tidak menghargai penjawat awam, menyalahkan mereka,” katanya.

Bekas Perdana Menteri yang dijatuhi hukuman penjara dan denda terkait kesalahan kes melibatkan dana RM42 juta milik SRC International itu berkata cara pengurusan dan pentadbiran penting.

“Saya memilih untuk kerja sebagai satu pasukan. Mereka team saya – para penjawat awam. Tanpa mereka, pencapaian sepanjang masa saya Perdana Menteri dahulu tidak mungkin akan tercapai. Walaupun ada kekurangan dan kelemahan, saya sedia memikulnya. Ia tanggungjawab saya sebagai pemimpin,” katanya lagi.

Mengangkat diri sendiri Ahli Parlimen Pekan itu berkata ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu Malaysia diuruskan dengan baik bersama penjawat awam semua, mencapai kemakmuran dan kemajuan demi kemajuan.

“Di mana ada krisis, kita tangani bersama juga. Kita mesti tahu dan fahami agensi kerajaan, skop tugas dan gerak kerja, serta peranan semua lebih-lebih lagi anggota-anggota keselamatan kita,” katanya.

Namun ketika pentadbiran beliau jugalah Malaysia terkenal di serata dunia dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia apabila berbilion-bilion dana berdaulat Malaysia – 1Malaysia Development Berhad – telah diseleweng dan dilencongkan.

Pada 28 Julai 2020, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Najib kemudian mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan dan sabitan hukuman itu.

Bagaimanapun Disember lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Panel tiga halim Mahkamah Rayuan berkata “Datuk Seri Najib Razak mengkhianati kepercayaan rakyat apabila terlibat dengan penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.”

Pengerusi Panel Tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil juga berkata “There is no national interest here, just a national embarrassment (tiada kepentingan nasional, hanya memalukan negara).”

Namun, apapun frasa ‘memalukan negara’ itu masih gagal menandingi populariti ‘Malu Apa Bossku’.

Berikut adalah gambar-gambar dimuat naik Najib dalam Facebook beliau ketika menemui penjawat awam.

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok