Malaysia terima RM336 juta penyelesaian berkait 1MDB daripada Deloitte

June 3, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia telah menerima kiriman wang sebanyak RM336 juta (USD80 juta) untuk penyelesaian berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Deloitte PLT yang didepositkan ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.

Menerusi satu kenyataan Kementerian Kewangan berkata, sehingga kini, Akaun Amanah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara itu menerima dana berjumlah RM16.386 bilion yang disita dan dipulangkan berkaitan 1MDB.

Menurut kementerian lagi, jumlah di dalam Akaun Amanah tersebut akan digunakan untuk melunaskan baki hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd yang dicipta semasa zaman pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Baki ini tidak termasuk jumlah penyelesaian sebanyak RM2.83 bilion yang akan diterima daripada Kumpulan Ambank dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya sehingga kini Putrajaya melunaskan RM12.54 bilion hutang 1MDB dan RM3.1 bilion hutang SRC.

“Setakat 31 Mei lalu, baki hutang merangkumi prinsipal dan kupon/keuntungan/faedah bagi bon, sukuk dan pinjaman berjangka, adalah RM39.66 bilion (1MDB) dan RM2.57 bilion (SRC).”

Pada 3 Mac lalu, Kementerian Kewangan dilaporkan mengumumkan bahawa Deloitte PLT (Deloitte) telah bersetuju dengan suatu penyelesaian bernilai RM324 juta (US$80 juta) untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka di dalam pengauditan akaun 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) bagi tempoh 2011-2014.

Kementerian Kewangan berkata, penyelesaian oleh Deloitte ini merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah firma audit di Asia Tenggara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia merupakan satu lagi kejayaan dalam usaha pemulihan berterusan kerajaan Malaysia terhadap pihak yang terlibat dalam 1MDB, SRC dan entiti yang berkaitan dengannya.

Sementara itu, pada bulan Julai 2020, kerajaan telah berjaya di dalam rundingan dengan Goldman Sachs untuk mencapai sebuah penyelesaian bernilai RM15.8 bilion (USD3.9 bilion).

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok