Malaysia tak iktiraf sekatan terhadap Russia kecuali diluluskan UNGA

May 8, 2022 · Isu semasa

Malaysia tidak mengiktiraf sebarang sekatan unilateral terhadap mana-mana negara, melainkan ia diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Ini sentiasa menjadi prinsip Malaysia. Jika ada sekatan ia perlu melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan jika resolusi itu diluluskan, maka sebagai anggota PBB kita perlu menghormati dan mematuhinya,” katanya kepada media dalam temu bual khas di pejabatnya pada Sabtu.

Menteri itu mengulas mengenai sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh Barat dan sekutunya ke atas Russia berikutan operasi ketenteraannya ke atas Ukraine, lapor Bernama.

Mengenai konflik Russia-Ukraine, Saifuddin berkata Malaysia mengekalkan pendirian tidak berpihak tetapi pada masa sama tidak pernah bersetuju dengan sebarang pencerobohan oleh mana-mana negara yang mengancam kedaulatan negara lain.

“Kami terus menggalakkan kedua-dua pihak bertelagah untuk menamatkan konflik ini. Kami tahu terdapat individu yang berusaha menjalin kerjasama dengan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik ini. Kami tidak terlibat setakat itu, tetapi kami berhubung dengan pihak yang mengusahakannya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kesan sekatan ekonomi terhadap rakyat Malaysia khasnya pelajar yang mengikuti pengajian di Russia, Saifuddin berkata buat masa ini, kebajikan dan keselamatan mereka terjaga.

Buat masa ini, rakyat Malaysia di Russia masih boleh membuat transaksi kewangan melalui perkhidmatan Union Pay.

Bagaimanapun, bank Russia yang menjalankan khidmat Union Pay adalah terhad kepada tiga bank sahaja setakat ini.

Tambahnya Kementerian Luar memantau rapi situasi ini dan ia sentiasa mendapat maklum balas mengenai perkembangan terkini kesan terhadap konflik Russia-Ukraine daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Setakat ini terdapat 816 rakyat Malaysia berada di Russia. Mereka terdiri daripada 779 pelajar dan 37 ekspatriat.

Menurut anggaran PBB, sekurang-kurangnya 3,309 orang awam telah terbunuh manakala hampir 3,500 lagi cedera sejak Russia memulakan operasi ketenteraan terhadap Ukraine pada 24 Feb.

Lebih 5.7 juta rakyatnya dilaporkan telah melarikan diri ke negara lain, dan kira-kira 7.7 juta orang hilang tempat tinggal.

Berita berkaitan
Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan
May 19, 2023· Isu semasa
Kontinjen Malaysia catat pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA
May 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Bursa Malaysia jatuh dua hari berturut-turut: Laporan
May 10, 2023· Isu semasa
Popular
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok