Malaysia tak iktiraf gender ketiga: Menteri agama

October 7, 2021 · Isu semasa

Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia akan memberi kesan besar terhadap keharmonian masyarakat dan undang-undang sedia terutama perundangan Syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata kewujudan gender ketiga ini bukan sahaja membabitkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat, tetapi juga undang-undang.

“Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan.

“Justeru, perlakuan yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan gender ketiga tidak akan diiktiraf di negara ini,” katanya menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Jabatan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, pendirian itu selari dengan Cairo Declaration on Human Rights in Islam’ yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang juga menyatakan, segala perkara yang bercanggah dengan syariah Islam tidak boleh diamalkan di sebuah negara Islam.

“Jadi kempen sedemikian adalah tidak sesuai dalam konteks Malaysia. Sepertimana Malaysia menolak LGBT begitulah juga Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam,” katanya.

Terdahulu, Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) mencadangkan agar pengiktirafan gender ketiga tidak seharusnya dibenarkan, sama seperti LGBT.

Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhasrat menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan (research on feasibility) undang-undang khusus di Malaysia bagi mengiktiraf golongan transgender.

Di laman webnya, SUHAKAM mengiklankan kekosongan jawatan penyelidik bagi menjalankan penyelidikan mengenai kebolehlaksanaan (feasibility) perundangan mengenai pengiktirafan gender ketiga di Malaysia.

Dalam terma rujukan jawatan itu, SUHAKAM berkata, pengiktirafan sah jantina di sisi undang-undang amat penting untuk memastikan golongan transgender mampu “maju dan hidup bermaruah serta menikmati semua hak asasi manusia”.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok