Malaysia sentiasa terbuka jalin hubungan dagangan: Muhyiddin

January 13, 2022 · Isu semasa

Malaysia sudah tentunya terbuka bagi perniagaan walaupun sempadan negara mungkin sebahagian besarnya masih lagi ditutup buat masa ini, kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata semasa tempoh pandemik ketika ini selain berdepan cabaran, negara juga turut merebut peluang yang tersedia, lapor Bernama.

“Jelas bahawa peluang untuk membina semula ekonomi dan masyarakat kita kepada keadaan yang lebih baik berbanding era sebelum pandemik Covid-19 adalah amat besar.

“Meskipun sempadan kami mungkin sebahagian besarnya masih lagi ditutup buat masa ini, ingin saya tegaskan bahawa Malaysia sudah tentunya terbuka bagi perniagaan,” katanya pada Majlis Makan Tengah Hari Perangkaian Pemulihan Negara pada Expo 2020 Dubai.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata tawaran nilai Malaysia kepada pelabur adalah padu dengan ekosistem pelaburan yang kukuh manakala kemudahan menjalankan perniagaan semakin bertambah baik dan negara kini sedang berada di landasan pemulihan daripada pandemik.

“Selain itu, infrastruktur fizikal dan digital kami sentiasa dinaik taraf, kami juga memiliki tenaga kerja mahir yang besar, institusi yang kukuh, asas ekonomi yang lebih baik yang diiktiraf dunia.

“Sebagai pengerusi MPN yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha pemulihan pasca pandemik, majlis ini akan merangka pelan tindakan yang dipanggil Pelan Pemulihan Negara 2.0, yang meneruskan strategi keluar daripada pandemik Pelan Pemulihan Negara sebelum ini dalam empat fasa yang dimuktamadkan pada Disember 2021,” katanya.

Pelan Pemulihan Negara 2.0 akan berusaha melakar landasan pemulihan yang inklusif dan bersistematik yang akan membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi, bangkit kembali dengan lebih kukuh berbanding sebelum pandemik, katanya.

Justeru, beliau berharap lebih banyak perniagaan akan melabur di Malaysia dan syarikat Malaysia meneroka peluang bukan sahaja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) tetapi juga di seluruh Majlis Kerjasama Teluk.

“Marilah kita berkongsi takdir bersama bagi masa depan yang lebih bermakna bagi kita, bukan sahaja semasa pandemik tetapi juga semasa era endemik dan melangkaui daripadanya,”katanya.

Berita berkaitan
Forex di Malaysia: Memahami dinamik pasaran untuk dagangan lanjutan
March 20, 2024· Rencana
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok