Malaysia sedia hantar tentera ke Palestin bawah payung PBB

May 17, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedia menghantar anggota tentera Malaysia sebagai pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin jika diminta badan dunia itu, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Malaysia tidak boleh menghantar sewenang-wenangnya anggota tentera ke sana (Palestin). Jika kita ‘dijemput’ PBB barulah kita akan hantar,” katanya diminta mengulas sama ada Kementerian Pertahanan bersedia berbuat demikian.

Beliau berkata, keputusan untuk menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Palestin adalah berlandaskan keputusan PBB.

“Ini kerana untuk menghantar anggota ATM ke Palestin ia melibatkan undang-undang antarabangsa bersama PBB,” katanya.

Katanya, ATM sebelum ini terbabit dengan banyak misi pengaman bersama PBB antaranya di Lubnan, Sudan, Filipina dan Sierra Leone.

Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya mengenai isu Palestin, menyatakan Malaysia berasa dukacita serta kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan PBB menghentikan serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin iaitu satu jenayah perang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Jumlah kematian akibat serangan rejim Israel sejak 10 Mei lalu meningkat sehingga lebih 200 orang, termasuk 55 kanak-kanak dan 33 wanita, lapor Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, kementerian itu berkata lebih 1,200 lagi rakyat Palestin cedera dalam tindakan kejam rejim Israel di Semananjung Gaza dan Tebing Barat.

Berita berkaitan
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok