Malaysia sedang bangunkan dua vaksin Covid-19 sendiri

June 12, 2021 · Isu semasa

Malaysia kini sedang mengikut rapat negara tetangga Thailand dan Vietnam dalam menghasilkan sendiri vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sambil menjelaskan usaha ke arah itu kini sedang giat dijalankan.

Katanya kumpulan penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha untuk membangunkan dua jenis vaksin Covid-19.

Beliau berkata kedua-dua vaksin itu ialah daripada jenis utusan asid ribonukleik (mRNA) dan vaksin nyahaktif terhadap Covid-19 atau ‘inactivated vaccine’ dalam usaha meningkatkan kapasiti pembangunan vaksin selain persiapan menghadapi pandemik pada masa depan.

“Pembangunan vaksin Malaysia adalah aspirasi negara hasil daripada mesyuarat Majlis Sains Negara pada Ogos tahun lalu.

“Rancangan pembangunan vaksin negara sedang digubal mengambil kira kebolehupayaan negara dari segi penyelidikan, kajian klinikal serta pengilangan melibatkan pelbagai kementerian termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia hari ini.

Adham berkata, KKM melalui Institut Penyelidikan Klinikal juga sentiasa memantapkan kebolehan penyelidikan klinikal.

Jelas beliau, sehingga kini, KKM telah menjalankan penyelidikan klinikal ke atas 15 jenis vaksin termasuk Covid-19 dan penyelidikan klinikal yang dilancarkan awal tahun ini adalah yang pertama untuk vaksin Covid-19.

“Sementara itu pelbagai rundingan sedang dijalankan untuk negara mengambil bahagian dalam lebih banyak ujian klinikal vaksin Covid-19 termasuk jenis vaksin seperti mRNA, inactivated vaccine serta non replicating viral vector,” katanya.

Pada masa ini, Adham berkata, kumpulan penyelidik KKM juga terlibat dalam kajian klinikal vaksin Fasa III yang bertajuk Randomized, Double -Blinded, Placebo Controlled Phase III Clinical Trial for the Evaluation of Efficacy and Safety of SARS-CoV-2 Vaccine, Inactivated (Vero Cell) in Healthy Population Aged 18 Years and Above in Malaysia.

Katanya, kajian itu masih berjalan dan melibatkan seramai 3,000 sukarelawan yang berusia 18 tahun ke atas.

“Bagi melihat keberkesan vaksin yang diberikan kepada populasi Malaysia, penyelidik KKM juga sedang dan akan menjalankan beberapa kajian pasca vaksinasi.

“Antaranya adalah Covid-19 Post-Vaccination Immunity and Disease Surveillance In Malaysia (IMSURE); Post-Covid-19 vaccination immunogenicity surveillance among healthcare workers (VIGILANCE) dan Study on The Immune Response After First Dose of Vaccine Among Recovered Covid-19 Patients and Non-Infected COVID-19 Subjects,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
45 minit lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
50 minit lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
14 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
15 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
56 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok