Malaysia rekod jualan kenderaan tinggi sebanyak 57,912 unit: MAA

May 19, 2021 · Isu semasa

Jualan kenderaan meningkat sebanyak 57,912 unit pada April 2021 daripada hanya 152 unit pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Dalam kenyataan hari ini, MAA berkata jualan kenderaan lebih rendah tahun lepas adalah disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama negara dari pertengahan Mac hingga Mei 2020 yang memberi impak kepada prestasi jualan semasa tempoh tersebut.

Jualan kenderaan penumpang pada April 2021 melonjak kepada 52,628 unit daripada 133 unit pada April 2020, manakala jualan kenderaan perdagangan meningkat kepada 5,284 unit daripada 19 unit sebelumnnya.

Bagi asas bulanan, ia berkata kuantiti jualan bagi April 2021 turun 12.3 peratus berbanding Mac 2021 berikutan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

“Kekurangan cip komputer juga telah menjejaskan jualan beberapa pengeluar,” katanya.

MAA berkata dari segi jumlah pengeluaran, 47,764 kenderaan dikeluarkan pada April 2021 berbanding 240 unit pada April 2020 manakala pengeluaran kenderaan perdagangan melonjak kepada 3,626 unit daripada 35 unit sebelumnya.

Bagi asas tahun ini sehingga April 2021, ia berkata kuantiti jualan meningkat 89 peratus kepada 199,556 unit berbanding 105,424 unit pada tempoh yang sama tahun lepas, manakala jumlah pengeluaran naik kepada 198,476 unit daripada 108,719 unit.

Mengenai prospek masa depan, MAA berkata ia mengunjurkan kuantiti jualan pada Mei 2021 lebih rendah berbanding April 2021, berikutan pelaksanaan PKP 3.0 dari 12 Mei hingga 7 Jun, bulan kerja yang lebih singkat susulan cuti sempena perayaan Aidilfitri, dan kekurangan cip komputer yang dijangka terus menjejaskan jualan beberapa pengeluar.

Berita berkaitan
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kenderaan ke Genting Highland akan dikenakan tol tidak lama lagi: Laporan
October 19, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok