Malaysia rakam takziah kemangkatan Ratu Elizabeth

September 9, 2022 · Isu semasa

Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada kerabat diraja Britain, rakyat dan kerajaan United Kingdom (UK) atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

“Baginda ialah tokoh ulung dan sangat berdedikasi sepanjang pemerintahan baginda kepada rakyat UK dan Komanwel,” katanya dalam hantarannya di Facebook.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berada atas takhta itu mangkat pada usia 96 tahun .

“Ratu mangkat di Balmoral petang ini. Jasad baginda akan dibawa ke London esok,” umum Istana Buckingham pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Baginda mempunyai masalah kesihatan sejak 12 bulan lalu atas faktor usia dan terpaksa membatalkan untuk menghadiri acara rasmi atas nasihat doktor.

Kali terakhir baginda menghadiri acara rasmi ialah semasa sambutan Jubli Platinum pemerintahan baginda ke-70 Jun lalu.

Terdahulu pada tengah hari Khamis satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan Ratu Elizabeth II berada di bawah “penyeliaan perubatan” di Balmoral, Aberdeenshire, Scotland. – Bernama

Berita berkaitan
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus
September 28, 2022· Isu semasa
Gempa bumi Taiwan, amaran tsunami tidak libatkan Malaysia
September 18, 2022· Isu semasa
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
8 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
19 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok