Malaysia perlukan pelaburan berdaya saing tinggi: Tun M

June 19, 2022 · Isu semasa

Malaysia memerlukan pelaburan berdaya saing tinggi dari dalam dan luar negara untuk memperkayakan negara dalam usaha mengatasi isu kemiskinan yang membelenggu masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan juga perlu mengamalkan dasar yang mesra pelabur termasuk memastikan tiada rasuah, berikutan pelabur ketika ini lebih berminat ke negara Asia Tenggara lain.

“Saya baru ke Indonesia dan mendapati sekarang ini ramai pelabur berminat melabur di sana berikutan negara berkenaan mempunyai pasaran lebih besar dengan 270 juta penduduk berbanding lebih 30 juta orang di Malaysia.

“Selain itu, kos pengeluaran di sana lebih rendah daripada kita. Jadi memang perlu jalan supaya masalah kos ini dapat diatasi dan jika tiada rasuah, pelabur asing datang ke Malaysia sementara syarikat tempatan berminat berkembang di negara sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga perlu menyediakan banyak peluang pekerjaan serta mewujudkan industri bekalan baharu kepada pelabur supaya keperluan alat ganti dan komponen mereka dipenuhi dan ia tentunya membuatkan individu seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk tidak tertarik untuk melabur di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, katanya kenaikan gaji saja tidak cukup menangani kenaikan inflasi kerana ia dialami di seluruh dunia dan tidak mungkin untuk Malaysia tidak menghadapinya.

“Sebagai contoh, gaji dinaikkan 10 peratus dan ia juga akan menyebabkan kos pembuatan barangan yang ingin dibeli juga meningkat hampir atau lebih 10 peratus.

“Jadi apabila kita menaikkan gaji tanpa mengambil kira kenaikan kos operasi, maka kita akan menghadapi inflasi daripada kenaikan gaji itu,” katanya.

Mengulas mengenai kemiskinan, Dr Mahathir berkata, kemiskinan memang membabitkan semua kaum tetapi ia lebih serius dalam masyarakat Melayu sehingga pada masa sekarang mereka terpaksa mejual harta dimilikinya termasuk tanah dan mungkin kelak, Tanah Melayu hanya tinggal nama.

“Masalah kemiskinan menjadi begitu besar terutama ketika pandemik Covid-19 hingga kehilangan punca pendapatan dan terpaksa bergantung kepada kerajaan serta pihak lain.

“Justeru, isu kemiskinan perlu ditangani dengan baik, kerana kita tidak mahu faktor ini menjadi jurang sangat jauh dan menimbulkan kembali rusuhan atas sebab tidak berpuas hati.

“Orang Melayu perlu mengambil pengajaran apa yang dilakukan British sebelum kemerdekaan dulu, sama ada mahu terus miskin atau kaya,” katanya.

Berita berkaitan
Selangor semakin hampir capai sasaran pelaburan RM10 bilion
July 5, 2022· Isu semasa
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022· Dunia
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
July 1, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
9 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
45 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok