Malaysia, Microsoft umum kerjasama MyDigital GovTech Innovation

June 2, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Malaysia dan Microsoft mengumumkan kerjasama MyDIGITAL GovTech Innovation, sebagai komitmen terhadap inovasi, kemahiran digital dan membina daya tahan ekonomi untuk Malaysia.

Pengumuman ini adalah susulan daripada Surat Hasrat (LoI) yang ditandatangani antara Microsoft dan MyDIGITAL Corporation sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Amerika Syarikat pada Mei 2022.

Dalam kenyataan semalam, Microsoft berkata LoI mengenal pasti bidang kerjasama yang berkenaan termasuk membangunkan keupayaan keselamatan siber, menggalakkan penggunaan teknologi digital oleh sektor awam dan memupuk bakat mahir untuk mengembangkan ekonomi digital.

Bagi meneruskan usaha memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, Microsoft dan agensi-agensi utama kerajaan seperti MyDIGITAL Corporation dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menyediakan latihan untuk kakitangan sektor awam untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran digital, lantas menyokong aspirasi negara untuk mencapai pembangunan yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengumumkan inisiatif itu bagi pihak kerajaan, berkata peranan perkhidmatan awam Malaysia penting untuk membina daya tahan ekonomi negara dalam suasana yang mencabar ini.

“Kerjasama jangka panjang kami dengan Microsoft akan membolehkan perkhidmatan awam beroperasi secara lebih inovatif, berpandukan data dan bertumpukan rakyat untuk mencari penyelesaian dan merangka dasar-dasar berkesan.

“Inisiatif seperti ini adalah satu langkah penting untuk melengkapkan Malaysia dengan keupayaan untuk membangunkan ekonomi yang mendahulukan digital.

“Kami mengalu-alukan sumbangtara berterusan Microsoft sebagai rakan teknologi dan ilmu pengetahuan kepada Malaysia, termasuk komitmen mereka untuk melatih 300,000 orang menjelang 2024 dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp),” katanya.

Mustapa berkongsi bahawa inisiatif yang diumumkan hari ini menandakan satu lagi mercu jaya dalam kerjasama kerajaan Malaysia dengan Microsoft, dalam usaha mencapai sasaran yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Katanya sasarannya termasuk 80 peratus penggunaan storan pengkomputeran awan merentas sektor awam pada 2022 dan mencapai tahap celik digital 100 peratus dalam kalangan penjawat awam dan menyediakan perkhidmatan kerajaan dalam talian serba lengkap pada tahap 80 peratus menjelang 2025.

Menurut Microsoft, pengumuman hari ini turut menyokong Rangka Kerja Teknologi Awan (CFA) yang ditandatangani antara syarikat dan MAMPU baru-baru ini, untuk membina rangkaian awan yang boleh dipercayai dan memperkasakan sektor awam di Malaysia untuk mencapai transformasi digital.

Naib Presiden Eksekutif dan Presiden, Kerjasama Transformasi Negara, Microsoft Jean-Philippe Courtois berkata misi syarikat ialah memperkasakan setiap orang dan setiap organisasi di muka bumi untuk mencapai lebih lagi.

“Semua orang mesti menikmati manfaat teknologi. Usaha ini jelas dilihat daripada komitmen kami kepada Malaysia. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 Microsoft bertapak di Malaysia dan kami berbesar hati untuk meraikannya bersama rakan-rakan kerjasama kami dari kerajaan Malaysia.

“Microsoft bertekad meneruskan kerjasama kami untuk membolehkan Malaysia memanfaatkan kepakaran dan keupayaan kami dalam bidang teknologi bagi memacu pertumbuhan terangkum dan membina daya tahan dalam era digital,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
11 jam lalu· Isu semasa
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022· Politik
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
9 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
20 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
56 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok