Malaysia lulus pelaburan RM306.5b, tertinggi dalam sejarah pada 2021

March 8, 2022 · Isu semasa

Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah pada 2021 berjumlah RM306.5 bilion dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama, meskipun ekonomi global masih berdepan persekitaran yang mencabar akibat pandemik Covid-19.

Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) pada 2021 itu melebihi jangkaan, meningkat 83.1 peratus daripada yang direkodkan pada 2020, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini sekali gus menjadikan negara ini kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata pada sidang media prestasi pelaburan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya ekosistem perniagaan yang kukuh membolehkan Malaysia memperoleh pelaburan strategik dan menjalin hubungan perdagangan baharu.

Beliau berkata, ia meletakkan Malaysia berada pada trajektori positif untuk memacu ekonomi ke tahap yang lebih tinggi serta mempercepatkan usaha ke arah pertumbuhan sosio-ekonomi yang inklusif.

“Kelonggaran yang diberikan kerajaan terhadap kawalan pergerakan membolehkan aktiviti ekonomi disambung semula ditambah dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Langkah rangsangan yang berterusan juga dilaksanakan untuk memastikan ekosistem perniagaan kekal responsif kepada arah aliran global merangkumi dasar dan inisiatif untuk kemudahan perniagaan, peningkatan kemahiran dan kemahiran semula bakat, pendigitalan dan automasi.

“Secara ringkasnya, langkah terbabit berjaya meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang teguh dan berdaya tahan ke arah pertumbuhan yang rancak dan pemulihan yang mampan,” katanya seperti dilapor BHonline.

Azmin berkata, pada 2021, FDI menyumbang sebahagian besar jumlah pelaburan yang diluluskan dengan sumbangan RM208.6 bilion (68.1 peratus), lonjakan sebanyak 224.9 peratus berbanding RM64.2 bilion pada 2020, sementara DDI merangkumi baki RM97.9 bilion (31.9 peratus).

Beliau berkata, sektor perkilangan mendahului jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2021 sebanyak RM195.1 bilion, diikuti sektor perkhidmatan (RM94.1 bilion) dan sektor utama (RM17.3 bilion).

Katanya, Belanda (RM78 bilion), Singapura (RM47.3 bilion), China (RM31.3 bilion), Austria (RM18.9 bilion) dan Jepun (RM9.9 bilion) adalah sumber FDI teratas dari sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama di Malaysia, menyumbang 88.9 peratus daripada jumlah FDI yang diluluskan untuk tahun itu.

“Dari segi negeri, Pulau Pinang menjadi penyumbang utama kepada pelaburan diluluskan ini sebanyak RM83.5 bilion diikuti Kedah (RM68.3 bilion), Kuala Lumpur (RM37.7 bilion), Selangor (RM28.8 bilion) dan Sarawak (RM25.7 bilion).

“Jumlah pelaburan dari lima negeri ini saja menyumbang 79.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan untuk 2021,” katanya.

Sehingga Disember 2021, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengenal pasti 352 projek pelaburan asing berprofil tinggi, termasuk syarikat Fortune 500 dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, dengan gabungan nilai pelaburan berpotensi RM39.2 bilion.

Ini termasuk dalam segmen aeroangkasa, kenderaan elektrik, jentera dan peralatan, reka bentuk litar bersepadu (IC), elektronik termaju, bahan termaju, bahan kimia, tenaga boleh diperbaharui (seperti fotovoltaik, optik dan fotonik), teknologi paparan, petrokimia, farmaseutikal, peranti perubatan dan keselamatan makanan.

Projek terbabit diunjur akan mewujudkan lebih 19,000 peluang pekerjaan baharu.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KKM, MOSTI diberi kuasa muktamadkan perolehan vaksin, kata Zafrul
July 28, 2021
Dakwaan kes culik murid di tiga negeri tak berasas, palsu: Polis
September 27, 2022
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok