Malaysia kutuk pemimpin politik Denmark bakar al-Quran

April 17, 2022 · Isu semasa

Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi oleh pemimpin parti Stram Kurs, Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah al-Quran di Linkoping, Sweden.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Ahad menyifatkan tindakan itu melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara, lapor Bernama.

“Tindakan itu merupakan suatu usaha provokasi dan menghasut kebencian yang mesti ditolak semua pihak yang inginkan keamanan dan hidup bersama dalam budaya damai.

“Malaysia juga menekankan kepentingan menghapuskan semua bentuk keganasan dan kebencian, termasuk Islamofobia.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan sentimen Islamofobia dan pelampau agama,” menurut kenyataan itu.

Menurut laporan media, pada Khamis pemimpin Denmark dari parti sayap kanan Stram Kurs bertindak membakar senaskah al-Quran di kawasan didiami majoriti penduduk beragama Islam di Sweden.

Paludan dilaporkan melakukan tindakan tersebut di kawasan terbuka di selatan Linkoping dan tidak menghiraukan orang ramai yang membantah perbuatannya itu.

Berita berkaitan
Lima warga Malaysia berada di Tebing Barat, dinasihat tangguh perjalanan
October 11, 2023· Isu semasa
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
October 3, 2023· Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok