Malaysia kekal destinasi pelabur pembuatan, perkhidmatan

July 23, 2021 · Isu semasa

Knight Frank Malaysia, firma perunding hartanah bebas global, menjangkakan negara akan kekal sebagai destinasi pelaburan menarik bagi pembuatan dan perkhidmatan global bernilai tinggi di Asia.

Dalam satu kenyataan hari ini firma berkata negara merekodkan sejumlah RM80.6 bilion pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada suku pertama 2021, melonjak 95.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Eksekutif Penyelidikan dan Perundingannya, Judy Ong berkata pandemik Covid-19 telah meningkatkan ledakan e-dagang dan ia memberi prospek baik kepada pasaran hartanah perindustrian.

“Krisis Covid-19 memberi hikmah bagi industri logistik kerana pandemik ini telah mewujudkan keperluan bagi ruang gudang untuk memenuhi memenuhi lonjakan perkhidmatan penghantaran dan pengumpulan.

“Dengan kawalan pergerakan dan sekatan pergerakan, terdapat peralihan struktur ke arah peruncitan pelbagai kaedah,” katanya.

Memetik Bernama Ong berkata pada masa depan industri logistik dijangka terus menerima minat pelaburan disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap kemudahan gudang dan pengedaran.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan momentum pertumbuhan industri, yang pada mulanya dijangka berterusan hingga ke separuh kedua 2021 dan seterusnya, akan terjejas memandangkan Malaysia sedang bergelut dengan peningkatan jangkitan Covid-19 ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pasaran Modalnya Allan Sim berkata bagi sektor pembuatan, syarikat menjangkakan lebih banyak pelaburan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) didorong oleh kekurangan global semikonduktor serta pelancaran rangkaian 5G.

“Sektor E&E adalah antara yang mencatatkan prestasi tinggi dalam kalangan indeks utama seperti pengeluaran pembuatan, eksport, serta jualan pembuatan.

“Kami menjangkakan pelaburan dan potensi pertumbuhan yang ketara dalam E&E pada masa depan, dirangsang oleh permintaan global terhadap antara lainnya pengesan, semikonduktor, solar, Internet Pelbagai Benda (IoT), serta pelaburan seterusnya ke dalam kecerdasan buatan dan mesin pintar pada masa depan,” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok