Malaysia, Indonesia perbaharui MoU sektor komunikasi

August 20, 2022 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) merancang untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penerangan serta komunikasi antara Malaysia dan Indonesia selain menjalin kerjasama di bidang perfileman.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata MoU itu, yang kali terakhir ditandatangani pada 1984, seharusnya dapat diperbaharui selaras dengan perkembangan semasa bidang komunikasi dan industri kreatif.

“Saya gembira sekali kerana Pak Menteri (Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Sandiaga Salahuddin) akan berkunjung ke Malaysia pada Oktober dan insya-Allah, kita punya masa yang cukup untuk membawa memorandum kepada Jemaah Menteri,” katanya dalam sidang media bersama Sandiaga hari ini.

Annuar, yang dalam rangka lawatan kerja di sini, diiringi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Adlan Mohd Shaffieq, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dan Setiausaha Bahagian Antarabangsa K-KOMM Mano Verabathan.

Beliau berkata dalam bidang perfileman, Malaysia dan Indonesia akan menggalakkan kerjasama produksi filem melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) sekali gus mengambil peluang pasaran filem dalam bahasa yang berasaskan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

FIMI adalah usaha kerajaan untuk menarik pelabur dalam penerbitan filem dan televisyen bagi menjalankan aktiviti perfileman di Malaysia.

Annuar turut mengalu-alukan inisiatif Indonesia untuk menganjurkan persidangan antarabangsa melibatkan negara dunia ketiga bagi membincangkan ekonomi kreatif Oktober ini di Bali.

Sandiaga pula berkata pihaknya akan membuat kunjungan balas ke Malaysia untuk merealisasikan perkara yang telah dibincangkan.

“Kami (juga) berharap dapat memperluas kerjasama serta mencipta lapangan kerja di sektor ekonomi kreatif,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Pelakon drama popular didakwa di mahkamah muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Dua juta pekerja asing bakal masuk dalam tempoh terdekat: Saravanan
October 3, 2022· Isu semasa
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022· Dunia
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
15 jam lalu · Isu semasa
249,646 murid dapat manfaat bekalan lokar di 626 sekolah: Radzi
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok