Malaysia hanya benar ganja diguna untuk perubatan bukan rekreasi: KJ

August 25, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan ganja digunakan untuk tujuan rekreasi di Malaysia.

Khairy berada di Thailand untuk lawatan kerja empat hari bagi mengkaji amalan, kaedah penanaman, penyelidikan dan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan.

“Saya berada di Bangkok untuk memahami dengan lebih lanjut bukti klinikal dan rangka kerja kawal selia.

“Julai lalu, saya telah menyatakan bahawa satu rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau semalam.

Menurutnya sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang menerajui usaha membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan, Thiland merupakan contoh yang baik untuk dijadikan rujukan berkenaan hal ini.

“Jika bukti klinikal menunjukkan bahawa kanabis adalah selamat dan berkesan untuk tujuan perubatan, kita akan merangka satu dasar yang ketat mengenai penggunaannya di negara kita.

“Bagaimanapun, saya beri jaminan bahawa pengambilan kanabis untuk tujuan rekreasi – tidak dipertimbangkan,” katanya lagi.

Catatan itu turut memuatkan gambar Khairy bersama Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul di sebuah pusat penyelidikan kanabis – Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan Thailand.

“Bersama rakan saya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul menunjukkan produk CBD Thailand.

“Mereka telah membenarkan kanabis untuk tujuan perubatan,” kata Khairy.

Khairy turut melawat Siam Cannabis Land di Pattaya, dan beliau diberi taklimat serta melawat rumah hijau dan ladang penanaman terbuka yang menanam pelbagai jenis kanabis.

Projek bandar kanabis seluas 350 ekar dijangka memberi tumpuan kepada pembangunan produk kesihatan dan perkhidmatan perubatan yang komprehensif.

Pada 9 Jun, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penanaman dan pemilikan kanabis untuk tujuan perubatan.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand mengeluarkan kanabis yang mengandungi tidak melebihi 0.2 peratus tetrahydrocannabinol (THC) daripada senarai narkotik yang diharamkan.

Bagaimanapun, pemilikan kandungan yang diekstrak seperti minyak dan hidangan seperti makanan dan minuman mengandungi lebih daripada 0.2 peratus THC masih diharamkan di Thailand.

THC adalah sebatian psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.

Berita berkaitan
PRU-15 tak sesuai semasa musim banjir, kata Khairy balas Zahid nak redah
September 21, 2022· Politik
Tak benar saya keluar UMNO, kata Khairy
September 19, 2022· Politik
Khairy harap Sabah sokong Akta Larang Merokok terhadap generasi muda
September 10, 2022· Isu semasa
Di Parlimen mana suka hati saya lah, saya Timbalan Presiden: Mohamad
September 10, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok