Malaysia hantar 50,000 dos vaksin Covid-19 kepada Bosnia

April 8, 2021 · Isu semasa

Kabinet bersetuju menyalurkan bantuan berupa 50,000 dos vaksin Covid-19 kepada Bosnia-Herzegovina atas nama kemanusiaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Katanya, Bosnia memohon Malaysia membantu mereka kerana jumlah jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di negara itu meningkat.

“Bosnia-Herzegovina bukan sahaja tidak mendapat keutamaan melalui fasiliti Covid-19 Vaccine Global Access (COVAX), tetapi juga didiskriminasi oleh masyarakat Eropah.

“Jadi atas dasar keprihatinan, kita bersetuju memberi bantuan secara bilateral sebanyak 50,000 dos vaksin kerana kita faham tidak semua negara bernasib baik seperti Malaysia yang memperoleh keutamaan dalam mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya di Alor Gajah, hari ini.

Beliau berkata, pemberian vaksin kepada negara lain itu tidak akan sama sekali menjejaskan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan serta jadual pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia walaupun dos itu diambil daripada kuota negara.

“Apa yang kita terima, kita asingkan sedikit untuk mereka sebab ia tidak jejaskan peruntukan kita untuk melaksanakan program vaksinasi nasional,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan akan menguruskan penghantaran bantuan, manakala jenis vaksin pula belum diputuskan kerana perlu mengambil kira kemampuan logistik negara itu terlebih dahulu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok