Malaysia di landasan tepat untuk pulih: Muhyiddin

November 8, 2021 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pulih sepenuhnya susulan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial, serta bantuan berterusan kerajaan kepada industri dan perniagaan supaya kembali beroperasi.

Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka tumbuh antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus tahun depan, disokong oleh peningkatan dalam perdagangan global, harga komoditi yang stabil dan peningkatan beransur-ansur dalam sentimen pengguna dan perniagaan, berikutan pembukaan dan pemulihan pesat selepas vaksinasi.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan pemulihan bukan sahaja bermaksud membawa negara kembali kepada kedudukan ekonomi dan sosial sebelum pandemik, tetapi juga mewujudkan pertumbuhan kukuh yang akan meletakkan Malaysia kembali di landasan mencapai status negara maju.

“Pada masa yang sama, kita juga mesti terus menambah baik sistem kesihatan dan infrastruktur digital untuk membantu negara menguruskan situasi pandemik yang sama dengan lebih baik pada masa hadapan tanpa kesan serius terhadap kehidupan dan mata pencarian rakyat,” katanya berucap pada Program Kepimpinan Perkhidmatan Awam Singapura ke-13.

Memetik laporan Bernama, Muhyiddin menyebut kemiskinan akan menjadi satu lagi masalah utama yang perlu ditangani segera kerajaan Malaysia berikutan ramai daripada kalangan M40 dan B40 mengalami penurunan ketara dalam pendapatan isi rumah.

Dalam hal itu, beliau berharap kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2020-2030, bertujuan menyediakan taraf hidup yang baik untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, lokasi wilayah dan status sosial.

Mengenai perkhidmatan awam, Muhyiddin berkata adalah penting bagi penggubal dasar untuk bertindak berpandukan nasihat sewajarnya daripada penjawat awam yang menjadi penjaga dasar-dasar itu.

“Apabila kita menggunakan kuasa dan tanggungjawab kita sebagai menteri dan perdana menteri, kita mesti pastikan ia selaras dengan dasar yang kita sendiri buat.

“Jadi, kita mesti merujuk kepada penjawat awam sebagai penjaga dasar-dasar itu untuk mendapatkan nasihat mereka sama ada kita, dalam melaksana kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita, berbuat demikian mengikut dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini,” jelas beliau.

Muhyiddin berkata ia satu prinsip utama yang perlu dipatuhi oleh semua ahli politik yang telah diberi tanggungajawab dan kuasa mentadbir kerajaan, dan menambah kata bahawa setiap orang terikat dengan undang-undang, peraturan dan perundangan, tanpa mengira betapa berkuasanya mereka.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok