Malaysia destinasi pencari kerja

April 2, 2021 · Isu semasa

Malaysia menjadi destinasi lebih menarik bagi warga asing untuk bertukar kerja dengan menduduki negara ke-19 paling diminati pada 2020, berdasarkan satu kajian bersama oleh Boston Consulting Group, syarikat pengambilan pekerja global The Network dan pemilik JobStreet SEEK Asia.

Daya tarikan Malaysia kepada pekerja global melonjak daripada kedudukan ke-33 pada 2018 ke-42 pada 2014, lapor Bernama yang memetik kenyataan JobStreet hari ini.

Kedudukan Kuala Lumpur juga bertambah baik dengan menduduki tangga ke-18 tahun lepas daripada 52 pada 2014 dan kedudukan ke-42 pada 2018, kata portal pekerjaan dalam talian itu.

Bagi individu yang lebih suka bekerja di Malaysia, JobStreet berkata, mereka terdiri daripada penduduk 10 negara utama iaitu Indonesia, Singapura, India, Pakistan, Yaman, Thailand, China, Syria, Nigeria dan Qatar.

“Hanya 40 peratus responden kalangan rakyat Malaysia menyatakan kesanggupan untuk bekerja di luar negara pada 2020, merosot daripada 65 peratus pada 2018 dan 67 peratus pada 2014,” kata JobStreet.

Berita berkaitan
Stres jejaskan produktiviti
November 27, 2021· Isu semasa
Rentas negeri, daerah untuk kerja tak perlu surat polis
May 10, 2021· Isu semasa
Transformasi bakat sektor pendidikan tinggi dalam dekad baru
April 4, 2021· Rencana
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok