Malaysia bincang isu ceroboh ruang udara dalam mesyuarat khas ASEAN-China

June 5, 2021 · Isu semasa

Malaysia akan membawa isu insiden pencerobohan tentera udara China untuk dibincangkan semasa Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China di China pada Isnin (7 Jun) ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata delegasi Malaysia akan diketuai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang akan bertemu rakan sejawatnya dari China, Wang Yi untuk meminta penjelasan berhubung insiden beberapa kapal terbang negara tanah besar itu menceroboh ruang udara negara baru-baru ini.

“Semua Menteri Luar ASEAN dan Menteri Luar Wang Yi serta Setiausaha Agung ASEAN dijangka menghadiri mesyuarat itu,” kata kenyataan Kementerian Luar.

Semasa Mesyuarat Khas itu, Menteri Luar ASEAN dan China juga akan bertukar-tukar pandangan dan meneroka kaedah serta kerjasama dalam menangani wabak COVID-19, selain isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Hishammuddin dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Wang Yi di samping meneroka perkongsian lebih substantif dan dinamik dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama vaksin COVID-19, pembangunan infrastruktur, kewangan, ekonomi digital, pengeluaran makanan dan pertanian berteknologi tinggi.

Mesyuarat di Chongqing itu sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China.

Pada 1 Jun lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan pesawat pejuangnya memintas dan menghalau 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara negara pada 31 Mei.

TUDM mengesan pesawat tentera China memasuki Zon Maritim Malaysia ZMM Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

“Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 1153H. Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.

“Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar. Mereka kemudiannya didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara,” kata kenyataan itu.

Malaysia juga sudah mengemukakan bantahan diplomatik kepada China susulan pencerobohan ruang udara negara yang dilakukan 16 pesawat tersebut.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok