Malaysia bangga dijadikan contoh kendali jemaah haji: Menteri agama

July 5, 2022 · Isu semasa

Pujian Arab Saudi berhubung kecekapan Malaysia dalam mengendalikan operasi haji adalah sesuatu yang amat bermakna buat negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya, rekod cemerlang Tabung Haji itu tidak hadir begitu sahaja tetapi ia adalah usaha berterusan dengan kerjasama erat antara petugas serta jemaah haji Malaysia.

“Sangat membanggakan apabila Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Taufiq Fawzan Al-Rabiah mengungkapkannya di hadapan barisan pemimpin Islam dari pelbagai negara Islam dan menasihatkan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik.

“Ia kebanggaan kepada kita. Panel-panel lain juga ada menyebut tentang pengurusan Malaysia dan TH. Apa (kelebihan) yang diberi kepada Malaysia oleh Arab Saudi bukan berlaku begitu sahaja tetapi mestilah berdasarkan merit dan rekod baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Simposium Perdana Haji di Makkah pada Isnin.

Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi, menjadi negara pertama yang memilih waktu melontar serta terpilih antara lima negara dalam program Makkah Route.

Sementara itu, Idris yang berucap dalam bahasa Arab sempat berkongsi tentang peranan yang dimainkan TH sejak 59 tahun lepas dan model pengurusan agensi itu.

Beliau juga menyentuh berkaitan kesiapsiagaan TH dalam memastikan kesihatan jemaah berada pada tahap terbaik, pematuhan terhadap arahan kerajaan Arab Saudi serta usaha TH dalam membangunkan aplikasi digital untuk kegunaan jemaah di Tanah Suci. – Bernama

Berita berkaitan
JAKIM kenal pasti lokasi pusat ajaran sesat, Hadi Minallah
August 8, 2022· Isu semasa
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022· Isu semasa
Pembelian bangunan di London dijangka beri pulangan baik: TH
July 23, 2022· Isu semasa
67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
July 23, 2022· Dunia
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
August 18, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Peguam Najib mohon tarik diri
10 minit lalu · Isu semasa
Ringgit, saham dibuka rendah
22 minit lalu · Isu semasa
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
2 jam lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok