Malaysia-Arab Saudi setuju pertingkat kerjasama pertahanan

June 18, 2022 · Isu semasa

Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan melalui pembentukan Jawatankuasa Peringkat Tinggi di bawah tiga tonggak utama, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata tiga tonggak itu adalah kerjasama ketenteraan, kolaborasi industri pertahanan dan kerjasama kebajikan veteran tentera, lapor Bernama.

“Melalui perbincangan yang membuahkan hasil dengan rakan sejawat saya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, kami bersetuju untuk meningkatkan hubungan pertahanan kami ke tahap yang lebih tinggi.

“Selain itu kami akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu kepakaran ketenteraan, perubatan ketenteraan dan perisikan ketenteraan kerana kami berhasrat untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan,” katanya.

“Beliau berkata perbincangan itu diadakan sempena lawatan rasminya ke Arab Saudi pada 13 Jun yang berakhir hari ini, atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi.

Hishammuddin berkata mereka juga berbincang mengenai pembangunan berkaitan industri pertahanan kedua-dua negara.

“Satu kumpulan kerja akan diwujudkan antara Pihak Berkuasa Am Industri Ketenteraan Arab Saudi (GAMI), Bahagian Industri Pertahanan Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengenai perkongsian pengetahuan dan potensi perkongsian industri pertahanan.

“Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) juga akan menjalin kerjasama dengan LTAT untuk meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak,” katanya.

Mengenai pencegahan keganasan, beliau berkata mereka juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan dan ekstremisme.

Selain itu, Hishammuddin berkata beliau juga akan mengambil peluang untuk berbincang dengan Putera Mahkota mengenai perkara berkaitan minyak dan gas, keselamatan makanan serta kerjasama ekonomi dan kewangan.

Selain Putera Mahkota, Hishammuddin berkata beliau juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertahanan Putera Khalid bin Salman untuk mengkaji perkongsian Malaysia-Arab Saudi dan aspek kerjasama dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.

Sementara itu, pertemuan dengan Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz Al Saud, menekankan hubungan dua hala yang kukuh dan aspek kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, katanya.

Hishammuddin berkata beliau akan melaporkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan anggota Kabinet untuk membuat persiapan lawatan perdana menteri ke Arab Saudi.

“Semua hasil mengenai perkara yang memerlukan kerjasama antara kementerian dan/atau antara agensi akan disampaikan dalam mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022· Politik
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok