Malaysia antara negara teratas kelajuan muat turun guna 5G

June 23, 2022 · Isu semasa

Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam kalangan 15 pasaran global yang meningkatkan nisbah purata kelajuan muat turun pengguna menggunakan 5G berbanding 4G dengan kenaikan 25.7 kali ganda, menurut Opensignal.

Syarikat analisis mudah alih berpangkalan di United Kingdom itu dalam analisis definitif terkini mengenai peneraju 5G di seluruh dunia berkata, bagaimanapun, jumlah pengguna 5G di Malaysia adalah kecil dan nisbah itu dijangka berkurangan apabila penggunaan 5G meningkat.

“Adalah penting untuk memahami keadaan yang berbeza bagi pelaksanaan 5G di seluruh pasaran, 5G masih baharu di Malaysia dan pengguna 5G adalah kecil,” katanya.

Setakat ini, hanya dua operator telah mendaftar untuk menggunakan 5G bagi rangkaian borong tunggal.

“Ujian sebenar bagi Malaysia akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila pelbagai operator di Malaysia memasarkan 5G,” katanya.

Opensignal berkata rangkaian borong 5G di Malaysia hanya meliputi rangkaian akses, terutamanya menara sel, dan operator di Malaysia meneruskan penggunaan rangkaian teras yang sedia ada dan merangkai padan bagi membolehkan pengalaman yang sempurna kepada pengguna.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia melonjak pada kedudukan yang tinggi bagi kesemua tiga kategori kelajuan 5G – kelajuan muat turun, kelajuan muat turun puncak dan kelajuan muat naik, di samping pengalaman permainan 5G bagi kategori pengalaman.

Menurutnya, bagi kategori pengalaman, Malaysia meraih kedudukan dalam ruang yang menekankan kepentingan pengalaman menyeluruh bagi penstriman video, permainan mudah alih berbilang pemain dan komunikasi suara.

Sementara itu, Opensignal berkata Korea Selatan berada pada kedudukan teratas bagi kelajuan muat turun 5G global dengan enam pasaran telah melebihi paras 300 Megabit sesaat (Mbps) berbanding tiga pada Mac 2022.

“Korea Selatan, Sweden dan Emiriah Arab Bersatu telah disertai oleh Bulgaria, Norway dan Malaysia walaupun Malaysia adalah anomali berikutan kadar pengambilan 5G yang terhad setakat ini dan pengalaman 5G di sana dijangka merosot mendadak memandangkan lebih ramai pengguna dan operator yang memanfaatkan 5G,” tambahnya. – Bernama

Berita berkaitan
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Tinjauan mengejut PM ke pasar raya lihat sendiri harga barang
June 26, 2022· Isu semasa
Kastam perketat kawalan, elak ganja dari Thai masuk ke Malaysia
June 25, 2022· Isu semasa
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
3 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
9 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
10 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
10 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok