Malaysia antara negara ‘menang besar’, harga komoditi tinggi

May 24, 2022 · Isu semasa

Malaysia akan menjadi antara ekonomi yang mendapat kelebihan daripada harga komoditi yang tinggi dan membayar harga yang lebih rendah dari segi inflasi kerana ia mengeksport pengeluaran domestiknya, menurut laporan Moody’s Analytics.

Laporan itu menekankan bahawa Malaysia, Colombia, Indonesia dan Arab Saudi adalah antara beberapa ekonomi yang akan mendapat manfaat daripada harga komoditi yang tinggi, lapor Bernama.

“Bagi Colombia dan Arab Saudi, ia (komoditi) adalah minyak mentah. Bagi Indonesia dan Malaysia ia adalah minyak sawit, yang harganya telah melonjak berikutan kekurangan teruk minyak bunga matahari yang dikeluarkan oleh Rusia dan Ukraine,” kata pakar ekonomi kanan Jesse Rogers dalam analisis bertajuk “Emerging Market View: The Growth Recession”.

Beliau berkata bagi ekonomi sedang pesat membangun lain dunia, inflasi semakin tinggi, dan bank-bank pusat tidak akan berputus asa sehingga ia dapat dibendung.

“Dasar monetari di kebanyakan Amerika Latin kini berada dalam zon yang terbatas. Malah di Asia Tenggara, yang mana inflasi adalah agak janggal, harga yang lebih tinggi dilihat semakin ketara.

“Bank-bank pusat telah mengambil tindakan, dengan gabenor bank di Filipina dan Malaysia menaikkan kadar. Ini seterusnya akan diikuti oleh Indonesia dan Thailand,’’ katanya.

Sementara itu, Rogers berkata kaji selidik bank pusat turut menunjukkan jangkaan inflasi masih meningkat dan ini boleh mencetuskan masalah jika pengguna mula memfaktorkan kenaikan harga ke dalam permintaan untuk gaji yang lebih tinggi – sesuatu yang masih belum meluas dan sebahagian besarnya ialah kerana pasaran buruh yang kekal lemah.

Berita berkaitan
Harga petrol dan diesel kekal, tak turun dan tak naik
June 7, 2023· Isu semasa
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023· Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok