Maklumkan kepada kepada pihak berkuasa lokasi Jho Low: Hamzah

September 1, 2022 · Isu semasa

Pihak berkuasa sedia menjejak dan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho sekiranya maklumat diberikan kepada mereka, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata sepatutnya maklumat tersebut disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan diambil terhadap Jho Low yang dikaitkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ia selepas pendedahan dua penulis semalam berhubung lokasi penyembunyian Jho Low.

“Dia tahu tapi kenapa tidak maklum kepada kita lokasi semua tu?” katanya menerusi sidang media selepas mengumumkan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya hari ini.

Semalam media melaporkan Jho Low didakwa berada di China.

Pengarang buku ‘Billion Dollar Whale’ dan wartawan Wall Street Journal yang memenangi anugerah, Tom Wright dan Bradley Hope mendedahkan Jho Low didakwa telah dikesan mengadakan jamuan di Shanghai Disneyland pada 2019, dan mendakwa bahawa maklumat itu datang daripada “sumber kerajaan Malaysia”.

Sambil mengucapkan “Selamat Hari Merdeka” kepada rakyat Malaysia, Wright berkongsi bahawa maklumat tambahan akan didedahkan di halaman YouTube mereka minggu depan.

Menurutnya ia adalah berkaitan individu yang membenarkan Jho Low mengakses sistem perbankan global.

“Bradley dan saya mendedahkan bukti pertama keberadaan Jho Low di saluran YouTube kami. Banyak lagi yang akan datang! Kami akan menambah video setiap minggu dan saya akan menyiarkan foto Jho Low di sini kemudian.

“Kami telah mengikuti kisah ini selama bertahun-tahun. Ini adalah bahagian terakhir teka-teki. Minggu depan, di saluran YouTube kami, kami akan mendedahkan orang yang membenarkan Jho Low mengakses sistem perbankan global.

Pada 2020 lalu, Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia mengesyaki Jho Low bersembunyi di Macau, di tengah-tengah usaha membawanya pulang bagi menghadapi keadilan atas peranannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Petunjuk kukuh bahawa dia berada di sana (Macau) – noktah,” kata Abdul Hamid kepada Bloomberg.

Menurutnya PDRM juga menerima risikan bahawa Jho Low, aktif di bandar Wuhan di China.

Mahkamah sebelum ini berkata Jho Low telah memainkan peranan penting dalam memindahkan dana RM42 juta daripada bekas unit 1MDB – SRC International Sdn Bhd – ke akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jho Low telah melarikan diri daripada pihak berkuasa antarabangsa yang menyiasat skandal 1MDB, namun Najib yang dikatakan sebagai rakan komplotnya telah dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Pada 23 Ogos lalu, Najib menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang dimasukkan ke penjara setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya, dengan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
20 jam lalu· Isu semasa
PDRM alu-alukan sebarang maklumat berhubung lokasi Jho Low: KDN
23 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh, hutang 1MDB mungkin juga bertambah RM8.5 bilion
October 4, 2022· Isu semasa
Permohonan Najib ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara, kata peguam
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
October 6, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi PPS dibuka di kawasan Parlimen Mat Maslan, mangsa naik 29 orang orang
21 minit lalu · Isu semasa
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
32 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 minit lalu
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok