Makanan sunnah mampu melawan Covid-19?

October 5, 2021 · Isu semasa

Makanan sunnah yang lazim didengar termasuklah kurma, buah tin dan delima. Ia juga boleh didapati dalam bentuk cecair seperti jus, minyak zaitun dan madu.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa makanan sedemikian bukanlah untuk digunakan sebagai kaedah rawatan utama kepada sesuatu penyakit termasuk Covid-19. Sebagai contoh, kurma mempunyai kadar gula yang tinggi. Jika diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

Selain itu, buah-buahan kering yang diproses agar tahan lama pula secara umumnya mengandungi kadar garam potasium (kalium) yang tinggi sekali gus boleh membahayakan pesakit yang menghidap masalah kegagalan buah pinggang atau rentak jantung tidak sekata.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Johor, Datuk Dr. M Singaraveloo,  orang ramai mesti sentiasa menggunakan cara dan kaedah yang sedia ada untuk menghentikan daripada penyebaran virus Covid-19.

“Selain vaksin, kita juga mesti sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Elakkan perhimpunan ramai dan upacara yang tidak perlu walaupun di kalangan ahli keluarga terdekat.

“Kita mesti melindungi permukaan muka kita dari virus kerana muka adalah bahagian yang penting dalam tubuh badan kerana virus boleh melalui dan merebak ke badan kita. Mata, hidung dan mulut bertindak sebagai laluan untuk virus memasuki badan kita. Topeng dan pelindung muka adalah cara yang terbaik untuk melindungi daripada virus Covid-19,” jelasnya.

Tambah beliau, pengambilan produk makanan tambahan termasuk makanan sunnah tanpa mengira aspek jumlah dan cara pengambilan tidak dapat membantu menambah baik kualiti tahap kesihatan.

“Masyarakat disaran untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti aspek kebersihan diri dan vaksinasi. Namun, terdapat segelintir yang berpandangan tiada kepentingan dalam pengambilan vaksin sama ada sebagai langkah pencegahan mahu pun tindakan rawatan selepas dijangkiti. Golongan ini mempunyai persepsi bahawa amalan mengambil makanan sunah mampu mengelakkan gejala penyakit terus merebak dan menolak vaksin,” ujarnya.

Beliau berpendapat, tidak dapat dinafikan dengan ketersediaan asas bukti saintifik, makanan sunnah menunjukkan manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia.

Kesemua manfaat ini dapat diperoleh dengan lebih baik daripada makanan sunah secara asli berbanding produk makanan tambahan berasaskan makanan sunnah.

Dalam pada itu, mengutamakan pengambilan produk makanan sunnah antara faktor keengganan para pesakit menjalani rawatan pemulihan serta melengahkan proses mendapatkan bantuan daripada doktor yang bertauliah. Bahkan jauh lebih ekstrem, terdapat pesakit yang memberhentikan ubatan moden yang dipreskripsikan oleh doktor kerana memilih produk makanan sunnah.

Hal ini kerana golongan tersebut merasakan makanan tambahan dan produk makanan sunnah lebih selamat dan boleh menggantikan ubatan moden dalam merawat penyakit.

“Persepsi dan salah faham dalam masyarakat pada hari ini harus diperbetulkan dengan kesedaran dan pemahaman yang lebih jelas tentang konsep makanan sunnah, amalan pemakanan dan konsep usaha dalam penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok