Majoriti pelajar tingkatan 4,5 terima sekurang-kurangnya satu dos

October 4, 2021 · Isu semasa

Kira-kira 90 peratus pelajar tingkatan lima dan 88 peratus pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 masing-masing.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan di akaun twitternya pagi ini berkata semasa negara membuka kembali sekolah, adalah penting untuk memastikan bahawa para pelajar boleh menyambung kembali pembelajaran di sekolah dengan selamat.

“Dengan #ReopeningSafely, 90 peratus daripada pelajar berumur 17 tahun dan 88 peratus berumur 16 tahun di sekolah-sekolah @KemPendidikan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Mari kita bawa anak-anak kita kembali ke sekolah dengan selamat,” katanya lapor Bernama.

Kira-kira 47,000 pelajar di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah telah kembali mengikuti kelas pembelajaran secara bersemuka di sekolah-sekolah mulai semalam, manakala 94,000 lagi pelajar di 10 negeri kembali ke sekolah hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata kumpulan awal yang dibenarkan kembali ke sekolah adalah kumpulan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Beliau berkata sekolah-sekolah terlibat akan menggunakan kaedah penggiliran pelajar dengan kehadiran mingguan ditetapkan 50 peratus daripada kapasiti kelas bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja), kerajaan menyasarkan 60 peratus ramaja berumur antara 12 dan 17 menerima suntikan vaksin Covid-19 menjelang November, dan 80 peratus daripada mereka menjalani vaksinasi lengkap sebelum sekolah dibuka untuk sesi persekolahan 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
RUU Kawal Produk Tembakau dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
11 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok