Majlis Peguam serah memorandum kecam intimdasi terhadap badan kehakiman

June 17, 2022 · Isu semasa

Satu memorandum diserahkan Majlis Peguam kepada wakil kerajaan bagi menuntut kebebasan terhadap badan kehakiman susulan intimidasi yang dihadapi institusi perundangan negara itu oleh pihak berkuasa.

Memorandum tersebut diserah Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah Yee Lynn kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin semasa Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman pagi tadi, ia antara lain membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nazlan Mohd Ghazali.

Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

“Terima kasih atas kerjasama dan maaf atas kesulitan dan kepayahan yang berlaku.

“Saya akan serahkan pada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri. Semoga keadilan kehakiman terus ditegakkan,” kata Mas Ermieyati selepas menerima memorandum berkenaan.

Dianggarkan lebih 500 peserta Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Majlis Peguam berhimpun di Padang Merbok, sejak jam 9 pagi dan dijadualkan berarak ke Bangunan Parlimen pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, selepas lebih 30 minit pihak penganjur membuat rundingan bersama polis, mereka masih tidak dibenarkan lalu.

Sebahagian besar peserta berkenaan kemudian cuba menggunakan laluan lain untuk ke Bangunan Parlimen, namun masih dihalang polis sehingga menyebabkan berlaku provokasi antara peserta dengan polis.

Peserta perhimpunan kemudian kembali berhimpun di tapak letak kereta Padang Merbok selepas Unit Tempur Ringan (LSF) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba.

Ketika berhimpun semula, peserta dilihat melaungkan perkataan ‘bebas kehakiman’ sambil terus memegang sepanduk ditulis ‘Jom Jalan For Judicial Independence’, ‘Get Ready Walk Steady’ dan Pertahan Kebebasan Kehakiman.

Perarakan itu bertujuan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung intimidasi terhadap badan kehakiman.

Peguam mengundi ketika mesyuarat agung luar biasa menyokong resolusi Badan Peguam yang mengecam siasatan SPRM terhadap Nazlan.

Turut dilihat hadir pada perhimpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam, Roger Chan; bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok