Majlis Peguam diarah bayar ganti rugi pada Shafee

October 20, 2021 · Isu semasa

Majlis Peguam diarahkan membayar ganti rugi kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah oleh Mahkamah Persekutuan selepas sebulat suara membenarkan rayuan peguam terbabit berhubung peranannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jumlah ganti rugi itu akan diarahkan untuk ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tersebut sebelum ini, lapor Utusan Malaysia.

Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Rohana Yusuf dan bersidang bersama-sama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Vernon Ong memutuskan demikian selepas mendapati majlis itu telah melakukan kesalahan tort dengan melanggar undang-undang di bawah Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah berhubung ganti rugi terhadap dua lagi responden iaitu bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas (yang merupakan seorang peguam ketika tuntutan difailkan) dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V. C. George kerana mereka bukanlah badan berkanun yang tertakluk di bawah akta tersebut.

Terdahulu, ketika membacakan penghakiman, Hakim Abdul Rahman menyatakan, Seksyen 99(1) LPA 1976 memperuntukkan bahawa sebarang aduan mengenai kelakuan mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana pelatih hendaklah dibuat secara bertulis dan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.

“Bertentangan dengan kehendak undang-undang ini, Tommy Thomas dan Tan Sri V.C George telah mengusulkan kepada Majlis Peguam supaya perayu (Muhammad Shafee) dikutuk sekeras-kerasnya (condemn in the strongest terms) atas aduan salah laku beliau.

“Selain daripada penggunaan prosedur yang salah oleh Tommy Thomas dan Tan Sri V.C George di dalam mengemukakan aduan salah laku terhadap perayu, Majlis Peguam melakukan pelanggaran undang-undang yang jauh lebih serius apabila menerbitkan usul tersebut di laman web dan membentangkannya untuk resolusi di AGM (Mesyuarat Agung Tahunan),” kata hakim itu.

Pada 19 Ogos 2020, Muhammad Shafee beroleh kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah beliau terhadap Majlis Peguam dan tiga lagi berkaitan peranannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II, Anwar.

Muhammad Shafee memfailkan saman itu pada Mac 2015 mendakwa pada 28 Februari 2015, Tommy yang disokong oleh V.C George telah menerbitkan dan menyerahkan usul untuk dibincangkan di AGM Majlis Peguam pada 14 Mac 2015.

Usul itu berhubung peranan Muhammad Shafee sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan, mendakwa beliau (Muhammad Shafee) telah melanggar peraturan profesion undang-undang yang melarang peguam daripada mencari publisiti untuk diri sendiri.

Usul itu turut mendakwa Muhammad Shafee terlibat dalam jelajah di seluruh negara bagi menghina banduan dan menarik perhatian terhadap peranannya dalam sabitan ke atas Anwar.

Dalam permohonannya, Muhammad Shafee antara lain memohon pengisytiharan bahawa usul itu mala fide kerana tujuan usul semata-mata untuk memalukan beliau dan AGM bukan forum yang sesuai untuk mendengar usul itu.

Berita berkaitan
Zaid bidas Majlis Peguam kunci mulut Akta Hasutan digunakan terhadap Sanusi
July 18, 2023· Politik
Majlis Peguam pertahan pendirian SPRM tak layak siasat etika hakim
April 20, 2023· Isu semasa
Adakah jika bukan Najib maka hakim, mahkamah akan dikritik?
April 7, 2023· Isu semasa
Kurang ajar desak Agong tak ampun Najib, kata Zaid Ibrahim
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok