Majikan pengawal peribadi mohon maaf kepada umat Islam, Agong

April 18, 2021 · Isu semasa

Majikan yang didakwa memukul dan memaki hamun dua pengawal peribadinya dengan teruk kerana berpuasa tampil memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan The Star, lelaki terbabit membuat permohonan maaf dalam bahasa Mandarin di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal saya telah menyinggung perasaan sesiapa sahaja, saya rasa saya harus meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal saya.

“Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan,” katanya dengan tangan bergari dan dikawal dua anggota polis.

Dia kemudiannya dibawa dengan kereta polis.

Rabu lalu, tular satu laporan polis berhubung seorang majikan Cina berusia 43 tahun yang memukul dua pengawal peribadi sehingga lebam di badan hanya kerana berpuasa.

Insiden tersebut berlaku di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.

Majikan berusia 43 tahun juga mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam hanya kerana kedua-dua pengawal peribadi tersebut sedang berpuasa.

Susulan itu polis yang menjalankan siasatan menahan empat individu termasuk majikan terbabit, selain membongkar sindiket pinjaman wang tanpa lesen dan perjudian.

Polis juga menjumpai wang tunai dan jongkong emas bernilai hampir RM30 juta di sebuah rumah salah seorang suspek yang ditangkap berhubung kes pukul itu.

Emas dan wang tunai itu dirampas di rumah suspek di Bukit Tinggi, Klang. Lelaki terbabit dipercayai menjadi ketua sindiket judi dalam talian dan along yang beroperasi di beberapa negeri.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok